100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Friday, May 8, 2015

Saya Mahu Berkongsi Printer....!

Assalam mualaikum dan selamat sejahtera di hari Jumaat yang mulia ini lagi diberkati. Bagi meneruskan info-info didalam blogspot ini, untuk entri kali ini.... Saya nak tulis sikit berkenaan perkongsian  printer/pencetak. Memandangkan ramai yang emel kepada saya bertanyakan bagaimana nak share printer, maka anda boleh la baca dan cuba prektiskan menerusi nota yang saya berikan ini. Saya tunjukkan langkah demi langkah dari mula hingga akhir. Selamat membaca semua !






LANGKAH 1 :

Double-click My Computer dan anda akan dapat paparan seperti gambarajah diatas. Lihat pada penunjuk garisan bulat bahagian kiri-bawah, pada panel tersebut anda akan dapat lihat icon Network. Pada panel icon Network tersebut, terdapat senarai komputer didalam sebuah rangkain ( * nama-nama komputer terpaksa saya padamkan  ). Didalam tutorial ini, saya andaikan nama komputer tersebut sebagai Ahmad.







LANGKAH 2 :

Lihat pada keyboard, anda akan nampak button Windows ( diantara Ctrl dengan Alt ) dan button huruf 'R'. Untuk memudahkan anda pergi ke menu Run, cuma tekan sahaja Windows dan huruf R secara serentak, mula-mula tekan button Windows tanpa lepaskan jari anda, kemudia tekan huruf R. Anda akan dapat menu Run seperti gambarajah dibawah.







LANGKAH 3 :

Anda akan dapat menu Run seperti gambarjah diatas ini. Untuk berkongsi printer dari komputer lain kepada PC anda, taip sahaja seperti gambarajah diatas. Saya cuma andaikan nama PC tersebut adalah Ahmad. Maka, tekan sahaja double backslash kemudian nama komputer.







LANGKAH 4 :

Sekiranya nama komputer tersebut mempunyai password, minta izin kepada pemilik komputer tersebut bahawa anda mahu berkongsi printer dari PC dia.








LANGKAH 5 :

Apabila selesai memasukkan Usernam dan Password komputer Ahmad, anda akan dapat paparan seperti ini. Yang bertanda bulatan adalah nama komputer dan nama printer yang dia gunakan. Untuk entri ini, komputer tersebut menggunakan jenama HP LaserJet P1102. 







LANGKAH 6 :

Kemudian, anda akan dapat lihat PC anda sedang berhubung dengan printer dari komputer Ahmad.





LANGKAH 7 :

Aapabila paparan mesej seperti ini muncul, tekan sahaja Install driver untuk meneruskan proses installation.







LANGKAH 8 :

Teruskan dan tunggu proses seperti gambarajah diatas selesai. Hanya beberapa saat sahaja pada proses ini.







LANGKAH 9 :

Sekarang, anda akan dapat paparan seperti ini. Pada peringkat ini, anda sudahpun berjaya menghubungkan PC anda dengan PC Ahmad. 









LANGKAH 10 :

Untuk memastikan PC anda telah berkongsi dengan printer dari PC Ahmad, sila tekan button Start, kemudian pilih Device and Printer. Ikuti sahaja seperti gambarajah diatas.








LANGKAH 11 :

Apabila anda dapat paparan seperti gambar diatas, anda sudah boleh lihat nama printer sepertimana yang telah saya bulatkan. Pada keadaan ini, printer tersebut walaupun telah dikongsi ( sharing printer ), namun anda masih belum setkan ia sebagai printer rasmi PC anda. Untuk setkan printer tersebut sebagai printer rasmi PC anda, hanya right-click pada icon printer tersebut, kemudian pilih sahaja Set as default printer.








LANGKAH 12 :

Ini adalah langkah terakhir anda. Pada peringkat ini, anda sudahpun selesai dalam proses Sharing Printer. Lihat sahaja perbezaan gambarajah pada LANGKAH 11 dan LANGKAH 12, ada bertanda hijau membawa maksud PC anda telah setkan printer PC Ahmad sebagai printer rasmi komputer anda.



Sekian sudah proses perkongsian printer. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -