100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Showing posts with label Jika Anda Mempunyai Duit RM4000?. Show all posts
Showing posts with label Jika Anda Mempunyai Duit RM4000?. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Apa Boleh Anda Dapat Dengan Nilai RM4000?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Untuk entry kali ini, saya cuma ingin berkongsi dengan anda suatu tajuk berkenaan duit. Apabila anda mempunyai sejumlah duit sebanyak RM4000, apakah barang komputer yang mungkin boleh anda miliki? Mungkin juga set PC berprestasi tinggi atau mungkin juga sebuah laptop canggih ataupun juga pelbagai aksesori untuk komputer anda?

Baiklah, mari kita teruskan membaca artikel ini satu per satu. Artikel ini saya buat oleh kerana terdapat beberapa individu yang bertanyakan soalan ini beberapa masa lalu...cuma barulah pada masa ini saya berkesempatan untuk mengarang topik ini. Sekiranya anda sukakan sebuah laptop, dengan bujet RM4000 ini, anda boleh memperolehi sebuah sistem berprestasi tinggi yang dilengkapi dengan processor AMD Phenom ataupun Intel Core i7 yang digandingkan bersama RAM 4GB ke 8GB dan dilengkapi hard disk 750GB ke 1TB yang kesemuanya boleh dinaiktaraf untuk lebih optimum. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan saiz skrin 17 inci, malahan sistem audionya juga adalah yang terbaik seperti JBL, Altec Langsing ataupun Harman Kardon. 

Kebiasaaya, ciri-ciri laptop begini adalah bukan calang-calang spec, ianya dibangunkan untuk tujuan tugas-tugas berat seperti photo editing, video editing, 3D render, games dan pelbagai lagi. Sistem pengudaraannya juga dibina khas bagi tujuan penyejukan dan aliran haba panas yang stabil. Selain daripada itu, binaan kerangka juga diperbuat daripada aluminium yang lebih teguh dan mudah membebaskan haba panas. Berbalik kepada perkaksan yang digunakan seperti motherboard, RAM, hard disk, optical drive dan processor, ia dipilih dari siri prestasi tinggi dan teknologi termaju bagi menjanjikan prestasi yang sangat stabil apabila digunakan. Siri cip grafiknya juga dari Ati Radeon dan nVidia Geforce kelas pertama.

Tidak lupa untuk itu, yang pastinya ianya menggunakan Sistem Operasi Windows 7 Ultimate 64Bit ataupun Windows 8 siri 64Bit. Jenis sistem operasi 64Bit adalah yang terbaik dan lebih optimum. Satu soalan yang tidak dijangka pernah di tanya oleh seorang individu, berapakah berat laptop jenis ini? Satu soalan yang baik dan jawapanya tentulah sekitar 2.7kg hingga 3.5kg. Tapi kenapa ianya berat? Mudah sahaja jawapanya, kerana ianya sebuah laptop berprestasi tinggi untuk tugas berat yang belum pasti boleh dilakukan oleh laptop biasa-biasa...



















- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -