100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Monday, May 11, 2015

Cara Menggunakan Get Data Back!

As salam mualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Harini, saya nak berkongsi dengan anda cara-cara menggunakan perisian Get Data Back. Secara asasnya, perisian ini dibina khusus oleh Runtime Software bertujuan untuk mengembalikan data hilang, terpadam atau sengaja dipadam. 

Pengalaman saya menggunakan perisian ini semenjak tahun 2004, prestasinya cukup bagus kerana ianya mampu kembalikan fail yang terpadam atau hilang hampir 100%. Saya kekal menggunakanya sebagai perisian tambahan selain daripada perisian utiliti lain untuk tujuan backup, restorasi dan membaikpulih hard disk serta pendrive yang mengalami kerosakan sektor.

Baiklah bagi melengkapkan artikel ini, mari sama-sama baca dan fahamkan setiap langkah-langkah berikut berpandukan gambarajah yang telah saya sediakan..... Untuk artikel ini, saya tunjukkan cara mengembalikan data yang telah terpadam daripada seunit pendrive.







Gambar diatas adalah produk keluaran Runtime Software - Get Data Back








LANGKAH 1
Pergi ke Start, Program dan pilih GetDataBack for FAT. Kenapa FAT? Apa itu FAT? Baiklah, secara umumnya Microsoft Windows menggunakan dua jenis File System untuk Operating System iaitu FAT dan NTFS. Maksud FAT adalah File Allocation Table yang digunakan pada Windows 95/98/pendrive/memory card. Manakala, NTFS pula bermaksud New Technology File System yang digunapakai pada Windows 2000/XP/win7/win8.







LANGKAH 2
Pada paparan ini, tandakan/tick pada 'I don't know, use default settings'. Teruskan tekan Next.










LANGKAH 3
Anda boleh lihat senarai Drive didalam sebuah PC. Ia termasuklah External Hard Disk atau Pendrive.









LANGKAH 4
Cuba anda lihat satu persatu setiap partition yang ada bagi memastikan kesemua drive berfungsi dengan baik/detect.









LANGKAH 5
Didalam paparan ini, 4th hard drive adalah penunjuk bagi Pendrive yang akan melalui proses restorasi data. Teruskan tekan Next selepas anda pilih pada Pendrive.









LANGKAH 6
Anda akan dapat lihat paparan seperti gambarajah diatas. Tunggu sahaja proses ini berjalan sehingga 100%.




LANGKAH 7
Setelah proses selesai sehingga 100%, teruskan tekan Next untuk proses selanjutnya.











LANGKAH 8
Apabila sampai ke tahap ini, anda boleh lihat maklumat Pendrive sepertimana yang telah dibulatkan. Teruskan tekan Next untuk proses seterusnya.










LANGKAH 9
Pada peringkat ini, anda telahpun melepasi ke tahap akhir. Anda bole semak satu persatu folder yang ingin anda selamatkan semula. Anda bole memilih semua folder ataupun memilih sub-folder. Terpulang kepada anda!










LANGKAH 10
Bagaimana nak copy folder?? Cukup mudah, hanya right-click mouse dan pilih copy. Lihat gambarajah diatas.










LANGKAH 11
Selepas copy folder, anda perlu pilih lokasi untuk simpan/backup folder yang telah anda copy. Sebelum itu, anda boleh Minimize sahaja utiliti ini dan buat 1 folder khas kemudian namakan/rename sebagai BACKUP RESTORATION sebagai contoh. Kebiasanya didalam My Documents, Desktop atau Drive D:\. 

Setelah proses create new folder selesai, anda Maximize semula utiliti GetDataBack tersebut. Sekarang, anda bolehlah copy semua folder yang ingin anda selamatkan/backup kedalam 1 folder khas yang telah anda buatkan sebentar tadi di dalam My Documents atau Drive D:\ atau Desktop.












LANGKAH 12
Seperti rajah diatas, saya copy folder tersebut didalam Local Disk ( C: ) didalam users. Ini hanya contoh lokasi dimana anda mahu simpan. Terpulang kepada anda !




Sekian sahaja proses menyelamatkan/backup file yang telah terpadam dengan menggunakan perisian Get Data Back. Ia bukan sahaja efektif kepada Hard Disk, malah juga kepada Pendrive, External Hard Disk dan Memory Card.


Peringatan!
1. Perisian ini hanya efektif untuk secondary drive atau Third party drive. Ia tidak boleh berfungsi pada drive yang sedang digunakan. Maksudnya disini, katakan anda mahu restorasi fail drive C:\, sedangkan GetDataBack itu sendiri anda install didalam drive C:\Program Files dan pada masa yang sama Sistem Operasi\O.S juga sedang berjalan\running, perisian ini tidak boleh sama sekali berfungsi!

2. Perkara kedua, jika anda mahu restorasi fail untuk secondary Hard Disk/External Hardisk, sila pastikan dahulu jenis fail yang digunakan pada Hard Disk tersebut samada FAT atau NTFS. 

3. Runtime Software menyediakan perisian GetDataBack untuk dua jenis fail system - FAT dan NTFS. 




----------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -