| Serasi dengan Mozilla Firefox dan Google Chrome sahaja |

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Wednesday, May 6, 2015

Falconfour's Ultimate Boot CD

Assalam mualaikum dan salam sejahtera. Untuk kali ini, saya mahu berkongsi sedikit petua mudah untuk membaiki masalah komputer anda dengan menggunakan sekeping CD sahaja. CD ini mampu menyelesaikan masalah berkaitan Data hilang, Virus, Password, Partition, Encryption dan berbagai lagi. Sebelum itu, mari kita lihat antara soalan pembaca yang telah menghantar emel kepada saya ....

Emel 1.
Saya baru sahaja membeli sebiji hard disk SATA saiz 500GB dan kawan saya telah install Windows 7 Ultimate untuk PC saya. Tetapi, saya ingin bahagikan kepada 2 partition...bagaimana saya nak bahagikan partition kepada 2 bahagian tanpa merosakkan Windows 7 yang sediada??? 

Emel 2.
Laptop saya tiba-tiba jadi skrin biru selepas bekalan elektrik tiba-tiba blackout. Saya seorang pelajar IPTA yang mempunyai pelbagai fail assignment dan tesis. Saya rasa sangat risau jika fail didalam laptop tu hilang. Bagaimana cara untuk selamatkan fail tersebut sedangkan Windows dah tak boleh masuk...??

Emel 3.
Bagaimana nak tukar password Windows XP? Saya lupa apa password PC saya  kerana saya telah lama tidak On komputer saya.

Emel 4.
Saya seorang pelajar institusi awam yang mengambil aliran Teknologi Komputer dan Rangkaian. Sekarang saya sedang menjalani latihan praktikal selama 5 bulan di sebuah syarikat menjual dan membaikpulih komputer. Macam mana cara nak dapatkan semula fail yang terpadam daripada pendrive dan hard disk?

Emel 5.
Apakah laman web terbaik untuk saya download software maintenance PC? contohnya Antivirus, Boot CD, Operating System dan editing software???


Baiklah, itu hanyalah 5 soalan daripada berpuluh-puluh emel yang telah diolah semula supaya lebih ringkas dan mudah dibaca. Segala permasalahan boleh diselesaikan dengan menggunakan utiliti yang terdapat didalam CD ini... 

Ok, disini saya telah sediakan beberapa keping gambar sebagai rujukan anda semua....


Cover depan CD. 

Dari pengalaman saya menggunakan Boot CD ini, prestasinya memang terbaik. Saya gunakan apabila komputer mengalami masalah tidak boleh boot walaupun dlm Safe Mode. Oh ya, saya adalah pengguna Windows...bukan Linux.. Selain daripada itu, saya gunakan CD ini untuk membuat partition. Contohnya, anda telah biasa lihat drive C:\, D:\, E:\, F:\ didalam My Computer kan? Itulah partiton. Ada juga komputer hanya mempunyai 1 partiton iaitu drive C:\. Maka, untuk membahagikan/pecahkan kepada 2 atau 3 bahagian... gunakan Partiton Magic yang ade didalam CD ini.

Selain daripada itu, saya juga menggunakan untuk membaki hard disk yang mengalami track rosak...walaupun mengambil masa lama...hasilnya berbaloi...utiliti ini ada didalam CD ini. Apabila track rosak, anda tidak lagi boleh untuk Setup sistem operasi didalam hard disk tersebut... Contoh lain, jika data hilang...saya gunakan utiliti Get Data Back. 

Sebenarnya, jika mahu disenaraikan...terlalu banyak fungsi-fungsi CD ini untuk saya ceritakan. Apa tunggu lagi, cepat-cepat download Boot CD ini dlm bentuk ISO Fail.


Menu utama Boot CD

Mesti anda tertanya-tanya, dimana untuk dapatkan CD ini ? Mari sini saya kongsi.... Sila la bukak laman web ini ( www.getintopc.com ). Ingin saya ingatkan kepada anda, sila gunakan CD ini secara berhemah....sedikit kesilapan...anda yang rugi! Sebelum terlupa, sila gunakan perisian Free ISO Burner untuk convert menjadi Boot CD.


Gunakan Fee ISO Burner untuk convert fail ISO menjadi Boot CD



GUI paparan utama


Sekiranya anda musykil, sila terus ajukan soalan di ruangan komen dibawah... 

No comments:

Post a Comment



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2015 -