100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Monday, September 7, 2015

Bagaimana menukar format MBR kepada GPT

Assalam mualaikum.... Untuk entry kali ini, saya akan terangkan serba ringkas berkenaan masalah GPT Disk semasa proses Windows Installation. Masalah ini akan berlaku kepada sistem operasi Windows XP, Windows 7, Windows 8 dan Windows 10 serta Windows Server yang menggunakan sistem 64Bit tanpa sistem UEFI serta pada hard disk bersaiz melebihi 2 Terabyte atau hard disk yang mempunyai partition melebihi dari 4 bahagian.

Sebagai pengenalan, MBR bermaksud Master Boot Record dan GPT bermaksud GUID Partition Table ( Globally Unique Identifiers manakala UEFI bermaksud Unified Extensible Firmware Interface


Error Message semasa proses Windows 7 setup siri 64Bit

Sejarah ringkas MBR
Format Master Boot Record mula digunakan pada tahun 1983 ketika komputer dijana menggunakan sistem operasi DOS versi 2.0 ( Disk Operating System ) yang dikeluarkan oleh IBM PC. MBR menggunakan sistem 512 Byte Boot Sector sehingga kini.

Sebagai pengetahuan, MBR boleh digunakan didalam sistem operasi 32Bit dan 64Bit, namun mempunyai had-had tertentu. Diantaranya, MBR hanya boleh digunakan pada Hard Disk bersaiz kurang daripada 2 TeraByte ( 2000GB ) dan hanya 4 Partition ( Primary ) bole dibuat pada satu-satu hard disk. Tetapi sekiranya anda ingin membahagikan Partition melebihi 4 bahagian pada hard disk tunggal, tukarkan salah satu Partition menjadi Extended Partition kemudian partition tambahan boleh dibuat dengan syarat dijadikan Logical Partiton. Cara ini hanya 'trick', namun berhasil untuk menghasilkan Partition melebihi daripada 4 bahagian. 

Sejarah ringkas GPT

Format GUIDE Partition Table mula digunakan sekitar tahun 2009. Ia merupakan sistem didalam UEFI ( Unified Extensible Firmware Interface ) yang pada awalnya dibangunkan oleh syarikat Intel pada awal 90an.

Format GPT mampu menampung sehingga 128 primary partition serta saiz hard disk sehingga 9.4 billion Tera Bytes ( 9.4 Zettabyte ). Format GPT boleh menampung Sistem Operasi 32/64Bit pada sesebuah komputer yang mempunyai ciri-ciri BIOS yang dilengkapi UEFI. 



Berikut, adalah cara mudah dan praktikal untuk menukarkan format MBR pada sesebuah hard disk kepada Format GPT. 


Pilih versi Pro seperti ditandakan

Langkah 1 : Google sahaja " aomei pro "





Download versi Demo


Langkah 2 : Download perisian Aomei Partition Professional Edition 
                    ( jangan pilih versi Standad Edition ! kerana ia tiada fungsi untuk menukar ke format GPT )

Saiz fail 18.8MB


Terdapat 2 fail setup dan 1 fail readme

Langkah 3 : unzipkan menggunakan 7zip atau winzip atau mana-mana perisian zip file, kemudian terus sahaja setup kedua-dua fail.





Terdapat 2 icon pada desktop, Dinamic Disk dan Assistant Pro

Langkah 4 : Double-click pada icon Aomei Dinamic Disk Manage Pro






Langkah 5 : Paparan muka utama. Righ-click pada tanda bulat





Langkah 6 : Pilih Manage Basic Disk





Langkah 7 : Paparan antaramuka kedua... Bersedia untuk menukar format MBR kepada GPT..!!





Langkah 8 : Right-click seperti dalam bulatan kemudian pilih Convert to GPT Disk




Langkah 9 : Mesej persetujuan untuk menukar forma, pilih sahaja OK.






Langkah 10 : Kemudian, pilih YES sepertimana pada kotak mesej diatas





Langkah 11 : Pada peringkat ini, format GPT telah ditukarkan. Tekan button APPLY pada bahagian kiri-atas bagi mengakhiri proses penukaran format GPT. 







Sistem Operasi yang mampu menampung format GPT 






Keistimewaan Menggunakan Perisian Aomei Partition Assistant

1. Saiz perisian kecil dan ringan ketika beroperasi didalam sistem.
2. Paparan antaramuka yang mudah difahami dan pelbagai fungsi.
3. Anda tidak perlu risau kehilangan data penting atau kelumpuhan Sistem Operasi
4. Boleh menukar kembali format GPT kepada MBR tanpa sebarang masalah.
5. Walaupun hanya versi demo, prestasi perisian ini sangat baik dan stabil.

1 comment:

  1. Maaf nak tnya ada tak fb or lain2slain blog ni supaya sng nk contact ?? Saya nk tnya pasal laptop

    ReplyDelete



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -