100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Monday, July 22, 2013

Apa Boleh Anda Dapat Dengan Nilai RM4000?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Untuk entry kali ini, saya cuma ingin berkongsi dengan anda suatu tajuk berkenaan duit. Apabila anda mempunyai sejumlah duit sebanyak RM4000, apakah barang komputer yang mungkin boleh anda miliki? Mungkin juga set PC berprestasi tinggi atau mungkin juga sebuah laptop canggih ataupun juga pelbagai aksesori untuk komputer anda?

Baiklah, mari kita teruskan membaca artikel ini satu per satu. Artikel ini saya buat oleh kerana terdapat beberapa individu yang bertanyakan soalan ini beberapa masa lalu...cuma barulah pada masa ini saya berkesempatan untuk mengarang topik ini. Sekiranya anda sukakan sebuah laptop, dengan bujet RM4000 ini, anda boleh memperolehi sebuah sistem berprestasi tinggi yang dilengkapi dengan processor AMD Phenom ataupun Intel Core i7 yang digandingkan bersama RAM 4GB ke 8GB dan dilengkapi hard disk 750GB ke 1TB yang kesemuanya boleh dinaiktaraf untuk lebih optimum. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan saiz skrin 17 inci, malahan sistem audionya juga adalah yang terbaik seperti JBL, Altec Langsing ataupun Harman Kardon. 

Kebiasaaya, ciri-ciri laptop begini adalah bukan calang-calang spec, ianya dibangunkan untuk tujuan tugas-tugas berat seperti photo editing, video editing, 3D render, games dan pelbagai lagi. Sistem pengudaraannya juga dibina khas bagi tujuan penyejukan dan aliran haba panas yang stabil. Selain daripada itu, binaan kerangka juga diperbuat daripada aluminium yang lebih teguh dan mudah membebaskan haba panas. Berbalik kepada perkaksan yang digunakan seperti motherboard, RAM, hard disk, optical drive dan processor, ia dipilih dari siri prestasi tinggi dan teknologi termaju bagi menjanjikan prestasi yang sangat stabil apabila digunakan. Siri cip grafiknya juga dari Ati Radeon dan nVidia Geforce kelas pertama.

Tidak lupa untuk itu, yang pastinya ianya menggunakan Sistem Operasi Windows 7 Ultimate 64Bit ataupun Windows 8 siri 64Bit. Jenis sistem operasi 64Bit adalah yang terbaik dan lebih optimum. Satu soalan yang tidak dijangka pernah di tanya oleh seorang individu, berapakah berat laptop jenis ini? Satu soalan yang baik dan jawapanya tentulah sekitar 2.7kg hingga 3.5kg. Tapi kenapa ianya berat? Mudah sahaja jawapanya, kerana ianya sebuah laptop berprestasi tinggi untuk tugas berat yang belum pasti boleh dilakukan oleh laptop biasa-biasa...



















4 comments:

  1. Assalamu'alaikum encik shah.. saya suka dengan blog anda..

    Saya nak beli laptop.. Boleh sarankan untuk saya..

    saya selalu buat kerja website, menulis blog hampir 3 jam dan buat video..

    ciri-ciri yg saya nak ialah
    - bateri tahan lama
    - xcepat rosak
    - laju

    antara asus dan app;e mana bagus? kalau boleh sila namakan jenis laptop yg sesuai untuk kerja saya..

    ReplyDelete
  2. wa'alai kumus salam...terima kasih kerana sudi baca info didalam blogspot ini...
    baiklah, untuk tugasan editing video dan web master perlu memenuhi ciri2 berikut:

    CPU :AMD Vision / AMD Athlon / AMD APU atau Intel Core i5 / i7
    RAM : 4GB hingga 8GB
    HDD : 500GB hingga 1TB
    SCREEN : 15 inci hingga 17 inci
    GPU : Ati Radeon atau nVidia Geforce

    5 faktor diatas menyumbang prestasi pantas sesebuah laptop.
    anda boleh cuba buka laman web ini untuk jadikan rujukan
    www.ipmart.com.my
    www.lazada.com.my

    antara Asus dan Apple, kedua-duanya baik dan mempunyai kelebihan tersendiri. soal mana yang bagus amat subjektif untuk dijawab. bergantung kepada citarasa dan bujet anda untuk membelinya. cuba scroll keatas, bahagian kanan page ini anda boleh juga rujuk pada komen2 pembaca pada Tajuk Popular->Jenama Laptop Terbaik.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum En Shah,
    Saya rasa blog awak ni byk information utk org yang kurang pengetahuan seperti saya nih. Nak tanya, blh tak saya bertanyakan soalan lain berkenaan IT? apa cara paling senang nak communicate? by email ok ke tak? Sya kurang pandai teknology sebenarnya.. FYI, ini emel saya... anuarprovost1816@yahoo.co.uk saya berminat tanya pasai wifi security & wifi network. tq

    Anuar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alai kumus salam...
      Terima kasih sudi bertanya dan membaca info didalam blogspot ini. Saya lebih suka menggunakan blogspot ini untuk sesi soal-jawab supaya semua pembaca boleh sama-sama membaca dan mendapatkan pengetahuan. Anda boleh berikan soalan di ruangan bertajuk, Asas Network Commands pada senarai tajuk di kanan sebelah atas. Insya'Allah, akan saya cuba jawab sebaiknya...Apa sahaja soalan, akan cuba saya jawab sebaiknya...

      Delete



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -