100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Thursday, November 5, 2015

Tanda-tanda Windows XP Diserang Virus!

Assalam mualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi ilmu mengenai ciri-ciri komputer / laptop yang telah terkena serangan virus didalam versi Windows XP.


Berikut adalah senarai program Windows XP yang lumpuh apabila diserang Virus!

Program 1 : Task Manager ( Ctrl + Alt + Del ) tidak berfungsi


Fungsi program ini pada asanya dicipta bagi mematikan program / perisian ( terminated ) yang sedang beroperasi ketika komputer dihidupkan / digunakan mengikut pilihan  / keperluan.

Contohnya, katakanlah PC anda tergendala / hang ketika bermain game, anda gunakan fungsi Task Manager dan memilih nama game untuk mematikanya / terminated dari senarai yang diberikan.




Program 2 : Folder Options tidak kelihatan


Folder Option adalah ciri yang tersedia didalam versi Windows XP. Fungsinya digunakan untuk mengubahsuai fungsi folder yang terdapat didalam Windows. Folder Option ini boleh dilihat dengan cara berikut :
Buka My computer---> pada menu bar, klik pada Tools---->anda akan dapat lihat submenu seperti Map Network Drive..., Disconnect Network Drive..., Synchronize dan yang terakhir adalah Folder Options. 

Anda juga boleh membukanya dengan cara masuk ke 'control panel'. Fungsinya, anda boleh memilih folder untuk di sorokkan / hidden atau mengunci folder supaya tidak boleh di akses serta berbagai lagi fungsinya yang lain.




Program 3 : Regedit ( Registry Editor ) tidak boleh dibuka



Registry adalah pusat operasi Windows. Untuk menggunakanya, cuma taipkan regedit didalam Run / window + R. Segala fungsi arahan / command / codding disimpan di dalam Registry. Proses Windows boleh bertambah laju, cantik, meningkatkan keselamatan serta pelbagai lagi sekiranya beberapa perubahan / configuration dilakukan dengan teliti dan betul didalam Registry ini. 

Contohnya, beberapa arahan / command boleh dihasilkan mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Kesilapan bermain command / codding akan menyebabkan Windows lumpuh. Command Virus / Trojan banyak tersimpan didalam Registry.





Program 4 : msconfig ( Microsoft Configuration ) tidak dapat digunakan



Msconfig boleh digunakan dengan hanya menaip msconfig didalam Run / window + R. Fungsinya, anda boleh tentukan jenis program yang perlu dijalankan / running atau tidak perlu ketika proses Boot ke desktop ( background running process ). 

Contohnya, anda boleh tentukan hanya program-program tertentu sahaja yang perlu dijalankan / running ketika  Windows beroperasi. Menu Startup didalam msconfig membolehkan anda untuk Enable dan Disable program atau menandakan dan membuangkan tanda didalam petak kosong yang disediakan ( tick or untick empty box )




Program 5 : Application Folder ( mempunyai extension fail .exe )


Ciri-cirinya seperti folder kerja anda menjadi application, iaitu mempunyai extension file .EXE, folder hilang sendiri, icon folder berubah bentuk dan folder menjadi shortcut. 


Contohnya, anda telah menyimpan 7 fail Word atau Power Point didalam folder yang bernama Laporan Bulanan didalam My documents. Apabila virus telah menyerang, nama folder tersebut akan bertukar kepada Laporan Bulanan.exe dan icon folder tersebut juga bertukar kepada bentuk dan warna yang sedikit berbeza dengan bentuk asal. Apabila anda membuka folder tersebut, anda sebenarnya hanya "membiakkan virus" tersebut atau erti kata mudahnya, konsep sekali klik wujud dua applikasi yang akan running didalam background process. Tiada apa-apa file didalam folder tersebut sebenarnya!


Sila klik
Penyelesaian Folder hilang dalam Pendrive \ SD card \ microSD \ external hard disk!



Kesimpulanya, jika ingin disenaraikan satu persatu ciri-ciri serangan Virus, terlalu banyak perincian yang perlu dituliskan. Bagi saya, 5 ciri utama ini sudah cukup memberi gambaran kepada anda berkenaan perubahan yang akan berlaku apabila Virus telah masuk ke komputer anda. Saya nasihatkan, gunakanlah antivirus yang berkesan seperti Avast dan update sekurang-kurangya sekali dalam seminggu.

Dari hasil tinjauan dan pemantauan saya, 85% peratus faktor Virus / Trojan / Spyware masuk ke komputer adalah berpunca daripada kecuaian dan kelalaian manusia itu sendiri. Nisbah kiraan mudah hanya 2 daripada 10 orang yang betul-betul prihatin / alert dengan petanda awal serangan virus. Sikap malas adalah tingkahlaku utama pengguna komputer yang hanya menyerahkan 100% peranan Antivirus untuk mengawal serangan Virus serta selalu beranggapan bahawa tiada Antivirus yang baik untuk menghalang Virus. 


###  Pengalaman saya menggunakan Antivirus Avast secara percuma dari pengeluar ALWIL Software semenjak tahun 2004 hingga kini langsung tidak memberi masalah. Kelebihanya, dilengkapi Boot-Time Scan, Real-Time Running Protection, Auto-update popup, Web Address Blocked, Mail Shield auto-scan dan berbagai lagi fungsi keselamatan lain yang menyamai spesifikasi Antivirus lain yang berharga ratusan ringgit.

Sumber : Sejarah Avast ( http://en.wikipedia.org/wiki/Avast )



Kredit gambar : http://static.photo.net/attachments/bboard/00Y/00YYIb-347341584.jpg




9 comments:

  1. assalam..shah....boleh awk terangkan x?adakah sempurna sy membuang virus dgn mggunakan anti virus yg awk sediakan dlm pc sy ni..
    avast anti virus-scan now-boot time scan-schedule now-restart computer...
    adakah semua yg sy buat di atas...100% mnjamin virus ddalam komputer boleh dihapuskan.,....lau kte main internet...blehkh virus tu ada dlm komputer kite
    tq...reply tau

    ReplyDelete
  2. ye..cukup sempurna tu! ketika Boot Scan, virus yang berada didalam memory dan hard disk akan dihapuskan. sentiasa ALERT dengan pop-up message yang muncul di task bar ketika menggunakan pendrive dan internet( bersebelahan jam, paling kanan-bawah )

    ReplyDelete
  3. msj2 tu,,apa fungsinye?n ape tindakan kite slepas mndapat msj2 trsebut/..adakah msj tersebut tanda komputer kita sedang diserang virus?

    ReplyDelete
  4. ianya mempunyai beberapa situasi,
    pertama : apabila terdapat spyware/malware yg disyaki berbahaya akan dipaparkan oleh avast mengenai amaran tersebut.( pre-warning )kita sbg pengguna mesti alert dgn popup message sebegini...jgn sesekali close/abaikan..ikuti arahanya sahaja.
    kedua : virus detection. Avast secara otomatik delete/remove malware. kebiasaanya sebaik shj pendrive di palamkan ke USB port. itupun jika terdapat virus didalamnya.
    ketiga : high-risk warning, apabila pada tahap sebegini, avast meminta agar Boot-Scan proses dijalankan serta merta!!! ini bermakna, malware telah menyerang Root O.S yang boleh melumpuhkan O.S seperti lembab, slow, hang dan fail hilang.

    kesimpulan:
    Avast Free Edition adalah diberi percuma dan ciri2 fungsinya menyamai antivirus pesaingnya yang anda perlu bayar dgn ratusan ringgit...

    ReplyDelete
  5. salam. nk tnye notebook sy ade file Recycler, camne ye nk hilangkan

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sudi bertanya soalan yang baik. File recycle memang terdapat di setiap drive C:\, Dl:\, pendrive dan sebagainya. Tidak perlu risau, ianya bukan virus. Contoh virus adalah disertakan extension file .exe.

    ReplyDelete
  7. Mcm mane sy nk tahu laptop to ori ke xori.

    ReplyDelete
  8. Mcm mane sy nk tahu laptop to ori ke xori..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua laptop adalah ori. tiada tiruan. contoh jenama Compaq Presario, belum pernah keluar tiruan jenama Kompak ke... Compago ke... contoh la kan...sila jelaskan soalan lebih terperinci

      Delete



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -