100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Wednesday, February 6, 2013

Apa Itu Restore Point / System Restore?

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Pada kali ini, saya ingin berkongsi panduan menggunakan System Restore yang terdapat di dalam versi Windows XP.

Apa itu Fungsi System Restore?
System Restore adalah sejenis utilities yang berupaya menghasilkan suatu titik tarikh / log tarikh sebagai panduan /  backup sekiranya berlaku sebarang kegagalan kepada Sistem Operasi. Kegagalan membawa maksud seperti Blue Screen of Death ( BSOD ), kegagalan ketika booting process dan sebagainya..


Langkah 1 : Pergi ke Start, Program, Accessories, System Tools, 
System Restore.













Langkah 2 : Pilih Create Restore Point kemudian pilih Next.
Langkah 3 : Saya berikan contoh A, sebaik sahaja selepas proses Reformat. Pada ketika ini, drivers belum dimasukkan / install.
Langkah 4 : Contoh B, setelah selesai proses drivers installation beserta perisian lain seperti Antivirus, Mozilla Firefox, 7Zip, FoxitReader, VLC dan sebagainya.
Langkah 5 : Ketika ini, mesej memaparkan Hari, Tarikh dan Masa beserta Tajuk Restore Point yang telah anda hasilkan seperti dari Langkah 1 hingga Langkah 5. Kemudian pilih Close.
Langkah 6 : Gunakan langkah ini apabila berlaku sebarang kegagalan Sistem Operasi Windows XP seperti Blue Screen. Pada Langkah 6 ini, anda haruslah menggunakan fungsi Safe Mode. Cara untuk memasuki Safe Mode adalah menggunakan kekunci F8 ketika Booting Process / permulaan komputer dihidupkan.
Langkah 7 : Contoh Restore Point yang sedia untuk dipilih, contohnya tajuk Fresh_Services bertarikh 5 February 2013.Dipaparkan juga, senarai tajuk-tajuk yang telah dibuat pada tarikh berkenaan.
Langkah 8 : Satu lagi contoh pada tarikh 7 February 2013.
Langkah 9 : Akhir sekali, pengesahan / conformision untuk memulakan proses Restoration.

#Nota :Langkah 1 hingga Langkah 5 adalah cara untuk set titik tarikh.
            Langkah 6 hingga Langkah 9 adalah cara untuk Restore / Back Date! 


Antara beberapa  Soalan SMS yang telah terjawab seperti gambar rajah diatas.

1. PC saya tiba-tiba jadi skrin warna biru selepas install software untuk graphic card. Graphic card tu baru je beli..macam mana nak betulkan?


2. Masa guna internet, keluar satu box message suruh install update windows. Saya klik Ok dan selepas Restart..terus skrin jadi biru tak boleh masuk desktop, kenapa jadi macam ni?


3.  PC saya kene virus dari pendrive. Folder dalam pendrive tu semua dah takde. PC saya pun jadi selalu hang...last sekali jadi skrin biru. Macam mana nak kembalikan pada yang asal?


4. Laptop saya keluar skrin biru selepas install game. Macam mana nak buat?


5. Saya baru belajar reformat windows xp dari kawan saya. Masalahnya, komputer saya jadi blue screen selepas install driver sound. Boleh tak ajar cara nak pulihkan kembali?







# Haa...macam mana, senang kan nak gunakan Utilities ni...semoga anda berjaya praktiskan...jika tidak faham atau musykil, sila-sila kan bertanya di ruangan Shoutbox / Comments di bawah.

2 comments:

  1. as salam..jadi bagaimana nak selesaikan mslh blue skrin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah skrin biru berpunca daripada senarai berikut :
      1. kerosakan hardware, contohnya hard disk, graphic card, RAM, processor, mainboard dan sebagainya.
      2. kerosakan sistem operasi.
      3. pemasangan hardware yang tidak sempurna, seperti longgar atau salah pemasangan.

      Delete



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -