100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Saturday, November 17, 2012

Rangkaian Komputer

Berikut adalah beberapa alatan yang diperlukan untuk memasang sistem rangkaian komputer yang serba ringkas. Anda boleh berkongsi internet bersama keluarga, rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja.








1. ADSL Modem
2. Kabel UTP CAT-6
3. Kabel UTP CAT-5E
4. ADSL Modem dengan WiFi binaan dalam
5. Network Switch jenis 8 port
6. Access Point
7. Laptop dengan Wifi terbina dalam
8. Contoh sambungan kabel UTP
9. USB WiFi, disambungkan ke PC
10. PC yang tiada WiFi terbina dalam

Sekiranya anda hanya mempunyai sebuah PC, anda memerlukan ADSL Modem 4 Port yang telah dilengkapi Router dan WiFi binaan dalam ( built-in ). Kemudian, sebuah Access Point dan UTP Kabel. Cara-cara sambunganya, wayar telefon jenis RJ11 disambungkan ke ADSL Modem, kemudian seutas wayar UTP disambungkan ke palam ADSL Modem. Wayar tersebut mempunyai bahagian kepala dan ekor mengikut istilah saya, kepala disambungkan ke ADSL Modem dan ekornya ke palam network pada PC.

Kemudian, sediakan seutas lagi kabel UTP dengan ukuran 30 Meter. Kabel ini ada dijual di kedai komputer dan anda hanya perlu minta petugas kedai membuat kabel tersebut mengikut ukuran yang diperlukan. Kabel ini mempunyai 2 jenis sambungan, Straight dan Cross...pastikan guna yang jenis Straight. Setelah kabel tersedia, palamkan salah satu bahagian kabel ke ADSL Modem dan satu lagi ke Access Point. Gambarajah seperti dibawah...Telefon Pintar juga boleh digunakan untuk capaian internet dengan menggunakan sistem WiFi yang tersedia ada..
Smart Phone dengan Wireless terbina dalam




 Petunjuk : 
1. Splitter kabel telefon 
2. ADSL Modem
3. PC
4. Access Point
5. Laptop
* Hijau = wayar telefon
* Biru = wayar UTP CAT-5E atau CAT-6
Saya andaikan jarak ADSL Modem ke Access Point adalah 30 Meter.


Tentu anda sudah faham kan? Secara teorinya, caranya tidak susah...anda cuma perlu sedikit "kajian" sebelum untuk praktikkan nota ini...

Sila lah komen / tanya jika tidak faham di ruangan ShoutBOX!


1 comment:



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -