100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Wednesday, April 11, 2012

Laju, Sederhana Atau Biasa?

Kali ini, saya ingin menceritakan tentang janis-jenis PC mengikut kategori, spesifikasi, harga dan kegunaanya...


Harga RM600.00 hingga RM1000.00

PC jenis biasanya berkeadaan baru dan menggunakan perkakasan asas sahaja. Ianya menguunakan Pemproses dari siri AMD dan Intel yang menjana kuasa sekitar 1.6GHz hingga 2.0Ghz sahaja, manakala RAM pula hanya menggunakan 256MB hingga 1GB yang menjana frekuensi sekitar 533MHz, 667MHz atau 800MHz.

Bagi penggunaan Motherboard pula, siri frekuansi 800MHz atau 1066MHz ( FSB ) dan dilengkapi Hard Disk 80GB, 160gb, 250GB atau 320GB. Biasanya, PC jenis ini kadangkala tidak dilengkapi Floppy drive, sebaliknya dipasangkan dengan Card Reader drive dibahagian depan PC.

PC jenis ini amat sesuai untuk kerja-kerja ringan seperti menaip surat, menghantar e-mel, pembelajaran anak-anak kecil dan kerja-kerja ringan yang lain.


Harga RM200.00 hingga RM600.00
Haha....PC ini yang paling murah dan paling banyak dijual di kedai Low Yatt Plaza. Ia juga ada dijual di sesetengah kedai komputer biasa, namun amat jarang ditemui.

PC jenis ini adalah kategori recond dan berusia sekitar 4 tahun hingga 9 tahun. Motherboard pula jenis yang support RAM berfrekuensi 133MHz, 200MHz, 266MHz, 333MHz, 400MHz dan 533MHz dari jenis SD-RAM dan DDR-RAM. Ia masih menggunakan slot IDE cable, Floppy drive, IDE hard disk dan RAM sekitar 128MB hingga 512MB sahaja. Dijanakan oleh Pemproses AMD, Cyrix, Via dan Intel berkelajuan 500MHz hingga ke 1.2Ghz sahaja.

PC kategori ini amat sesuai untuk pengguna baru yang mahukan sebuah komputer peribadi untuk kerja-kerja ringan dan untuk kegunaan anak kecil yang mahu berjinak-jinak dengan Fun Games...

*entry masih dikemaskini...*

sila komen di ShoutBOX Soalan atau Komen dibawah! 

No comments:

Post a Comment



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -