| Serasi dengan Mozilla Firefox dan Google Chrome sahaja |

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Thursday, February 23, 2012

Monitor Tiada Display

Soalan
Saya menggunakan sebuah komputer desktop yang menggunakan Windows XP. Ketika digunakan, tiba-tiba ada bau hangit dan asap keluar melaui belakang monitor diikuti bunyi seperti meletup-letup. Saya terus matikan suis utama pada extension plug. Oleh kerana dikhuatiri berlaku perkara yang lebh buruk, saya beli sebuah monitor terpakai bersaiz 17 inci disebuah kedai komputer. Apabila dibawa pulang dan disambungkan ke komputer desktop saya, hanya keluar sekejap tulisan kemudian keluar pula perkatan " No signal ". Bagaimanakah cara untuk membaikinya? Ini kerana monitor tersebut telah dicuba pasang ketika di kedai tersebut dan paparan gambar memuaskan.

Jawapan
Bagi menjawab soalan seperti situasi begini, ia sebenarnya berpunca daripada saiz resolusi PC tersebut yang terlalu tinggi dan tidak mampu ditampung oleh monitor tersebut.Untuk mengatasi masalah ini, anda ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut.

Salah satu contoh paparan ketika Booting Process



ON komputer dan anda akan dapat lihat booting process seperti ini. Tekan kekunci F8 pada keyboard beberapa kali sehinggalah paparan seperti rajah di bawah muncul. Ingat! kekunci F8 perlu ditekan berulangkali secara berterusan sehinggalah menu seperti rajah dibawah muncul. Jika tidak muncul, Restart komputer dan ulangi langkah F8 dengan pantas, berulangkali dan berterusan!






Pilih menu Enable VGA Mode menggunkan kekunci anak panah pada keyboard.


Setelah berjaya masuk ke Desktop, klik kanan pada mouse dan pilih Properties untuk masuk ke Menu setting resolution.



Pilih ke menu Settings dan cuba gerakkan Bar kepada bacaan dibawah paras 1300 pixel, contoh diatas adalah 1152 x 864 pixels. Klik Apply dan OK.
Sekiranya ada kemusykilan, emel ke mycetc1944@gmail.com

No comments:

Post a Comment



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2015 -