100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Wednesday, October 17, 2012

"BSOD" ni ape?

Mungkin ada diantara anda yang pernah mengalami situasi skrin biru pada PC / Notebook. Situasi ini digelar BSOD ( Blue Screen of Death ). Baiklah, mari saya ceritakan serba sedikit mengapa ianya terjadi. Sebelum itu, saya paparkan beberapa contoh BSOD yang biasa terjadi pada PC, Lappy, Netbook.




Berikut adalah diantara penyebab PC menjadi skrin biru.

1. Kegagalan  Sistem Operasi untuk saling berinteraksi dengan perkakasan komputer.

2. Kegagalan sesuatu Driver berfungsi ataupun telah lumpuh. ( Driver adalah sebuah perisian yang dipasangkan kedalam sistem operasi bagi menampung / menjalankan operasi sesebuah perkakasan )

3. Tersilap install Driver / bukan version yang sama pada  sesuatu perkakasan.

4. Hard Disk gagal berfungsi secara normal.

5. Terdapat kerosakan pada sesebuah perkakasan. Contohnya RAM, network card, motherboard, processor, power supply, sound card, graphic card dan sebagainya.

6. Sistem gagal Boot dengan sempurna kedalam Sistem Operasi.

7. Terdapat perkakasan yang tidak dipasang dengan sempurna pada Motherboard / cable.

8. Terdapat gangguan bekalan kuasa kepada keseluruhan sistem / bekalan kuasa tidak sekata.

9. Terdapat komponen komputer yang terlalu panas ketika digunakan menyebabkan CMOS Controller Chips menghantar arahan kepada Sistem Operasi agar berhenti berfungsi serta merta.

10. Terdapat kesilapan configuration / setting dalam sistem BIOS yang menyebabkan sistem tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

Anda telahpun membaca punca-punca ianya berlaku.... Tetapi, bagaimana pula untuk mengatasinya?
Tunggu entry saya nanti untuk mengetahuinya.... 

Sila lah komen / soal sekiranya ada kemusykilan....

No comments:

Post a Comment



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -