100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Sunday, October 7, 2012

Cara nak set Arabic

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu cara-cara setting Bahasa Arab didalam Windows XP. Mungkin ada diantara anda yang telah tahu dan ada juga segelintir yang masih belum tahu cara untuk enable Arabic, khususnya kepada pelajar, guru agama Islam dan juga kepada anda yang mahu menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa tambahan selain Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Baiklah, peralatan / bahan yang diperlukan hanyalah CD Windows XP ( WinXP Home atau Professional ). Semoga anda boleh mengikuti dan memahami nota ini serta bolehlah memberi tunjuk ajar kepada rakan yang lain....

Langkah 1 : Pergi pada Start-->Settings-->Control Panel



Langkah 2 : Klik pada Regional and Language Options



Langkah 3 : Pada Menu Bar, klik pada Languange



Langkah 4 : Tick pada kedua-dua kotak kosong 
seperti rajah diatas dan klik Ok



Langkah 5 : Pada Menu Bar, klil pada Advanced, 
sebaris dengan Regional Option dan Language.



Langkah 6 : Pada perkataan English ( United States ), 
pilih Arabic ( Saudi Arabia ). Pada menu ini, 
anda boleh pilih bahasa lain, contohnya Chinese, Japan dan sebagainya.



Langkah 7 : Masukkan CD Windows XP dan tunggu sehingga proses selesai. Kemudian Restart komputer dan terus boleh digunakan.



Langkah 8 : Pada Taskbar, klik pada Bahasa Arab sekiranya ingin menggunakanya terutamanya ketika menggunakan Microsoft Office.


# Rumusan
Setelah selesai proses diatas, jangan lupa tampal sticker Arabic pada button keyboard komputer / laptop...supaya mudah nak guna nanti..sekiranya musykil / tidak berjaya, sila-sila la bertanya pada ruangan Shoutbox atau komen dibawah..

Contoh sticker Arabic yang banyak dijual di pasaran seperti di Online selling, di kedai komputer dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -