Baiklah, kebiasaanya pembeli akan menilai laptop berdasarkan jenama, rekabentuk, prestasi, warna dan harga. Pada kali ini, saya cuma berkongsi pengalaman saya sebagai penjual laptop sambilan.
Lakaran Menggunakan Pensil 2B...! |
Petua
Buat sedikit "research" top 10 atau top 5 laptop yang paling anda suka.
Saya berikan contoh top 10...
1. Asus
2. Fujitsu
3. Apple
4. Dell
5. Toshiba
6. HP
7. Lenovo
8. NEC
9. Samsung
10. Sony
Kemudian, daripada top 10, cuba anda pilih 5 yang paling anda suka.
Saya senaraikan 5 contoh pilihan saya sendiri.
1. Asus
2. Dell
3. Samsung
4. NEC
5. Fujitsu
Daripada 5 pilihan, pecahkan kepada 3 pilihan paling disukai.
Saya berikan contoh pilihan 3 terbaik. ( pilihan saya sendiri )
1. Asus
2. Dell
3. Fujitsu
Akhir sekali, pilih salah satu yang terbaik daripada 3 pilihan.
Petua ini top 10, top 5 dan top 3 adalah berdasarkan 5 perkara :
1. Jenama
2. Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM, ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi )
3. Rekabentuk ( berkotak / aerodinamik / nipis )
4. Warna / corak ( gelap / cerah / batik / wooden effect / country style )
5. Harga yang ditawarkan ( bergantung pada bujet )
Perkara yang perlu dielakkan ketika membeli laptop
1. Jangan beli kerana disebabkan kawan-kawan ramai beli, jenama tersebut banyak di kedai-kedai komputer, kerana kata-kata promoter...sebaliknya beli kerana anda sudah betul-betul yakin jenama laptop yang akan anda beli itu adalah yang terbaik setelah dikaji / servey.
2. Jangan beli kerana cadangan / pujukan dari penjual / promoter kedai tersebut. Untuk pengetahuan anda, 80% penjual adalah kurang jujur dan hanya memikirkan keuntungan. Servey dahuli di forum internet, cari masalah dan kelebihan sesuatu jenama laptop yang ingin dibeli.
3. Jangan sesekali merasakan "....ah! semua laptop sama je...! harga je ada murah ada mahal" Setiap pengeluar menghasilkan produk untuk perniagaan iaitu mencari keuntungan jualan, maka buatlah kerja "servey" beberapa tempat / kedai sebelum anda yakin untuk membelinya. Jangan terlalu cepat percaya dengan iklan / promosi / kata-kata manis jurujual yang kononya ia paling baik.
4. Elakkan membeli jenama laptop yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang diberikan adalah sama seperti jenama laptop lain tetapi harganya mahal dan berpatutan dengan spec diberikan. Kebiasaanya laptop begini amat mudah rosak walaupun spec yang diberikan sangat bagus. Contohnya, sepatutnya spec diberi adalah pada harga RM1,300 tetapi harga ditawarkan jauh lebih murah. Hati-hati dengan perkara terselindung seperti ini!
5. Beli berdasarkan tujuan penggunaan!. Sekiranya untuk kerja-kerja menaip, internet dan blogger, harga RM1, 200 hinga 1, 400 adalah memadai. Sekiranya tugasan berkaitan designer, pilihlah yang berharga RM2,000 hingga RM4,000 yang menjanjikan prestasi optimum. Jika anda sukakan Photoshop, Premiere dan sepertinya, saya cadangkan pilih jenama Apple.
OS dan Perkakasan - 3 perkara asas untuk optimumkan sebuah laptop.
1. Operating System- Pilih OS siri 64 Bit dan yang paling baik dalam kelasnya.
Contohnya Windows 7 Ultimate 64 Bit ataupun Windows XP Pro 64Bit.
2. Processor - AMD atau Intel. Kelajuan 1600Mhz hingga 1800Mhz, memadai untuk tugasan seperti menaip, blogger, melayari internet di laman sosial dan kerja-kerja ringan yang lain. Saya lebih suka memilih Processor AMD kerana ianya lebih cekap dan laju serta menjimatkan bateri....Disamping itu amat lancar untuk kerja-kerja suntingan video / audio dan foto. Terdapat juga Procesor yang boleh menjana kuasa sehingga 3.6Ghz, terpulang pada kemampuan dan tujuan anda membelinya.
3. Memory ( RAM ) - Pilih jenis terkini, iaitu DDR3. Menaiktaraf RAM kepada saiz lebih besar adalah bagus, namun anda haruslah membaca dahulu buku panduan disediakan untuk menegtahui saiz terbesar yang mampu ditampung oleh laptop yang ingin dibeli. Contohnya, saiz paling tinggi yang mampu ditampung adalah 8GB DDR3 1600Mhz PC3-12800. Maka, ikut spec bacaan Mhz dan PC3 serta tidak melebihi 8GB. ( PC3 bermaksud, ia dari jenis DDR3 dan data per saat bersamaan 12.8Mbps....manakala, Mhz adalah kelajuan detik jam per saat ). Lihat pada tajuk Perbezaan RAM.
" Semoga panduan ringkas ini mampu membantu anda dalam memilih Laptop / Netbook pilihan hati "
Macam mana? Dah faham ke?, sila komen di ShoutBOX Soalan atau Komen dibawah!
Setakat ini, laptop yang paling best saya pakai Dell Inspiron M501R bersaiz skrin 15.6" inci LED, processor AMD Phenom II X4 Quad-Core, Blu-Ray Disc dan menggunakan RAM 6GB RAM masa tahun 2010 dulu! Fuh...memang power! Amat sesuai edit foto dan video, apatahlagi bermain game...Model macam ni dah tak keluar dah sekarang...tapi saya yakin akan ada lagi versi seterusnya dari AMD!
sumber gambar :
http://www.pcmag.com/slideshow_viewer/0,3253,l=263351&a=263383&po=8,00.asp
|
sumber gambar : http://cdn.overclock.net/d/d8/d840081a_vbattach94187.jpeg
sumber gambar : www.asus.com |
sumber gambar : uygarr.blogspot.com |
sumber gambar : laptop-computer-planet.com |
sumber gambar : www.notebookzone.hu |
sumber gambar : techywhack.com |
" artikel ini ditulis pada bulan mac 2013. sehingga awal tahun 2016, masih ramai pembaca yang bertanyakan soalan-soalan berkaitan harga, kualiti dan masalah laptop. oleh kerana kebanyakan soalanya adalah hampir sama....anda boleh semak komen-komen soalan dari pembaca yang lain serta jawapan-jawapan yang telah saya berikan. diharap anda semua merujuk 300+ komen dibawah. saya memohon maaf sekiranya terdapat soalan yang tidak berjawab kerana persamaan soalan. terima kasih semua " ....shah
______________________________________________
Senarai Harga dan Model Laptop di Pasaran Yang Terbaru
Klik Disini
saya pakai notebook jenama BENQ..sudah sudah 7thn sy pakai x pernah ada masalah kerosakkan alhamdulillah..cuma kebelakangan ni bhgian button on off 2 mcm ssh nk on..biasanya kerosakkan mcm ni..adakah ssh utk di baiki..n berapa cos nya.tksih
ReplyDeleteTerima kasih diatas soalan diberi. Rasanya lebih bagus sekiranya disertakan model laptop tersebut. Saya andaikan button tersebut jenis push-button, besar kemungkinan 'pad' button tersebut telah haus yang menyebabkan sentuhan point pada power board tidak berfungsi dengan baik. Situasi ini hampir sama dengan fungsi keypad pada telefon bimbit. Lama kelamaan, keypad tidak berfungsi. Anda boleh cuba buka cover laptop dan lihat samada ianya jenis split power board ataupun buil-in push buton. Cari dan beli power board yang sama jenis, kemudian pasangkan...atau boleh cuba tanya di kedai komputer / kedai secondhand. BenQ adalah salah satu jenama 10 terbaik, namun bukan senarai pilihan saya...huhu.
ReplyDeleteSAYA DAH MASUK TAHUN KE 5 MENGGUNAKAN FUJITSU!! superb!!!
ReplyDeletetak ada kerosakan! dengan penggunaan yang agak berat gak la... main game, buat keja grafik, dan lain2..! mmg terbaik!!
saya sarankan orang ramai gunalah FUJITSU!!
walaupun tak sepopular ACER! tetapi dari segi kualiti.. FUJITSU menang!!!
yer...sy pon mmg guna Fujitsu LH ...
Deleteyer...sy pon mmg guna Fujitsu LH ...
Deleteopps... lupa.. MODEL FUJITSU saya ialah S7211 :D
ReplyDeletekengkawan lain dah berapa kali asek tukar2 laptop..
dalam hati ..., saya bangga dgn laptop saya! :D
Terima kasih kpd You N Me...maaf, tak perasan dah lama ada comments masuk...anyway, thanks bagi support..Memang tidak dinafikan, Fujitsu terbaik..pengalaman menggunakan dulu cukup puas hati. Cuma kadangkala pengguna keliru antara prestasi dengan populariti...
ReplyDeleteSaya sedang mencari laptop.. Apa yang berkenan di hati pd masa ni ASUS, ACER, APPLE, LENOVO.. Paling suka apple.. Tp disebabkan harga yg terlalu tinggi rasanya terpaksa sy lupakan.. Bila fikir pnggunaan sy lebih kpd kerja.. Byk guna mic office shj.. Mohon pandangan laptop yg terbaik n mesra pengguna.. Yg pasti ringan dan nipis..
ReplyDeleteTerima kasih kpd Wan KuntumSari diatas soalan diberi... Memandangkan penggunaan tidak terlalu heavy, saya cadangkan pilih yang spec medium sahaja. Untuk ketahanan dan prestasi baik, saya boleh beri 4 yang terbaik...DELL, ASUS, FUJITSU, dan TOSHIBA. Memadai memilih siri Processor AMD Vision atau intel Core i3...pastikan RAM 4GB hingga 8GB lebih prestasi.. Jenama-jenama ini menjadi pilihan saya dan rakan saya... Harga diantara RM1200 hingga RM2300.
ReplyDeleteSalam utk kerja yg melibatkan byk editing.laptop apa yg sesuai kecuali apple
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi bertanya dan membaca blogspot saya. Saya kurang pasti maksud soalan sebenarnya...editing membawa maksud, edit video, foto, pelan bangunan dan sebagainya..ok la, saya andaikan sahaja anda edit foto\video. Saya boleh beri 3 jenama terbaik pilihan saya iaitu Fujitsu, Dell dan ASUS. Pilih siri Processor Quad / Six Core Seperti AMD Phenom, AMD FX ataupun Intel i7. Sekiranya memeilih AMD, pastikan dilengkapi chip graphic ATi atau anda memilih intel i7, pastikan chip graphicnya adalah nVidia. Kedua-duanya berbeza. Kemudian pastikan laptop tersebut boleh support kapasiti RAM sehingga 16GB, namun 8GB sudah memadai. Saiz hard disk 500GB - 750GB sudah cukup...cuma beli sahaja external hard disk sebagai backup files. Lagi satu perkara penting, pilih saiz skrin 17 inci. Saya yakin, dengan spec seperti ini sudah memadai untuk tugas-tugas editing. Harga? hemmm.... sediakan RM4000 - RM5500...
ReplyDeletesalam shah,apa yg blaku jika sya upgrade ram lebih dri saiz terbesar yg dpt d angkat oleh laptop saya.?skg ram 2gb..MODEL ASUS A45V..tq
ReplyDeleteTerima kasih kajirojiro dgn soalan yang diberikan. Dari segi teknikal, setiap papan induk ( motherboard \ mainboard ) telah direka mengikut spesifikasi tertentu. Sekiranya mainboard tersebut hanya mampu support RAM DDR3 sehingga 4GB, maka anda wajar mengikut spec yang telah ditulis didalam Manual Book disediakan. Contohnya, anda masukkan 1 keping RAM 4GB dan 1 keping lagi RAM 2GB....ada dua kemungkinan boleh berlaku, samada laptop boleh berfungsi ataupun langsung tiada display. Jika boleh berfungsi pun, OS dan laptop tidak akan perform 100% prestasi kapasiti RAM tersebut...kebiasaanya laptop akan jadi slow dan sering muncul error message ketika digunakan. Ini berlaku disebabkan mainboard tidak mampu menampung sejumlah saiz RAM 6GB seandainya ianya cuma mampu support 4GB sahaja....
DeleteSalam..saya byk buat keje menggunakan Mcsoft Office, Excel dan powerpoint 2010..buat editing video dan layari internet. Selama ni saya guna lenovo s10 sebab kecik dan mudah dibawa kemana sahaja. Sekarang ni dah rosak..nak cari pengganti..apa cadangan saudara ye? spec yg saya nak cari adalah:
ReplyDelete1. kecik (paling besar pun 13 inch)
2. laju (tak tersekat-sekat masa animation/video)
3. pantas utk internet
4. ada hdmi dan vga port, bluetooth, wifi
5. boleh guna MS office, excel, access dan powerpoint 2010
6. bateri tahan lama
saya ada tengok HP Folio13 tapi besar sgt..ada cadangan lain tak? Thank you
Terima kasih krn sudi memberi soalan... Baiklah, dari segi kefahaman saya, anda mahukan KEPANTASAN dan pada masa sama saiz laptop RINGAN dan KECIL...betul kan?
DeleteSebenarnya, kepantasan laptop bukan pada jenis Processor semata-mata....kepantasan merangkumi :
A. Model laptop
B. Jenis OS
C. Saiz RAM
D. Kelajuan coverage internet di sesuatu kawasan
E. Antivirus yang digunakan
F. Apa software "useless" yang menghuni didalam laptop anda...
ok, kita tengok satu persatu....
A. Model laptop - pilih yang boleh support saiz RAM sehingga 6GB - 8GB dan menggunakan siri Processor dual-core
B. Jenis OS - Pilih siri 64Bit. Contohnya Windows 7 Ultimate 64.
C. Saiz RAM - upgrade kepada saiz maksima
D. Kelajuan internet - kelajuan bergantung jenis line yang digunakan.
E. Antivurus - saya cadangkan Avast..cukup stabil dan efektif.
F. useless software - buang mana-mana software yang tidak digunakan \ melemahkan system OS. Faktor-faktor ini boleh membantu dari segi prestasi laptop anda..
Saya perlu ambil sedikit masa untuk servey secara details spec laptop yang anda mahukan....tunggu jawapan dari saya seterusnya ok...
oh ya..budget dalam rm3000 ke bawah
ReplyDeleteSekiranya anda mahukan sebuah laptop berprestasi tinggi dengan saiz skrin 12" atau 13", bujet dibawah RM3000 tidak cukup...perlu tambahan sedikit duit untuk mendapatkan spec terbaik yang anda ingini...
DeleteCuba buka laman web ini, copy url : http://www.lazada.com.my/shop-laptops/?display_size=12-14
Salam saya nk tny laptop ape yg sesuai utk student?saye tk pro lah psl laptop nie..saye amik bidang TESL
ReplyDeleteTerima kasih krn sudi baca blog dan respon soalan ini... untuk kegunaan biasa, memadai menggunakan spec berikut :
DeleteCPU : AMD Vision atau Intel Pentium Dual-Core \ Intel Core i3
RAM : 2GB
HDD : 350GB \ 500GB
Optical Drive : DVD-RW
OS : Windows XP Pro \ Windows 7 Ultimate
Harga : RM1, 100 - RM1,500 sahaja.
Jenama cadangan : Toshiba, Asus, Samsung dan MSI.
Sila buka URL ini sbg rujukan : http://www.lazada.com.my/shop-computers-laptops/?display_size=12-14&price=999-1600
Eh lupa pulak...saye kalau boleh nak laptop yg tahan lasak and saye nie suka download game..so any suggestion?
ReplyDeleteJika inginkan laptop yang tahan lasak. Saya cuma boleh katakan, anda perlu sediakan kos sekitar RM4000 hingga RM7000. Laptop seperti ini memang dihasilkan untuk kelasakan dan teguh serta biasanya saiz skrin dari 17 inci hingga 20 inci..
DeleteSaya syorkan, beli sahaja sebuah PC spec tinggi untuk minat anda ini...dengan perbelanjaan sekitar RM1500 hingga RM2000, anda boleh memperolehi sebuah sistem komputer berprestasi tinggi yang bukan sahaja laju untuk download game, malah tugas-tugas editing video / foto dan sebagainya menjadi begitu lancar.
Cadangan spec Hi-Perf PC....
CPU : AMD Phenom x4 \ Phenom x6 atau Intel Core i7
RAM : DDR3 8GB x 2 keping
Mainboard : ASUS \ Gigabyte dual-channel
HDD : 500GB x 4 unit atau 1 Terabyte x 2 unit ( pakai 2 unit 500GB dah ok )
GPU : Ati untuk AMD atau nVidia jika guna Intel
PSU : 500Watt - 850Watt
Casing : Aluminium / separa aloi
LED Skrin : 25 inci ( LCD / LED beli yang second hand pun takpe )
Spec diatas sekitar RM1800 - RM2000 sahaja. Ini harga di Low Yatt ketika saya servey awal januari lalu..
Hai. Nak tanya,saya student. Baru nk survey nk beli laptop. Brand apa yg recommended utk student mcm saya? Yg bateri tahan lama,speaker kuat n ringan. Sebab sya suka tgk movie. TY
ReplyDeleteHai...boleh tahu berapa bujet? sebenarnya, kebanyakan bateri laptop mampu bertahan sehingga 2.5 jam hingga 3.5 jam sahaja sekiranya anda 'layan' movie dengan bunyi suara yang kuat. Tambahan lagi, movie tersebut jenis Full HD. Namun, jika sekadar surfing internet, bateri boleh bertahan 3 jam ke 7 jam bergantung pada jenama laptop.Cadangan saya, untuk memenuhi minat anda...boleh dapatkan laptop spec berikut :
ReplyDeleteCPU : AMD Vision atau intel i3
RAM : 2GB / 4GB
HDD : 500GB - 640GB
GPU : ATi atau nVidia
Skrin : saiz 14 \ 15 inci
Harga : RM1,300 - RM1,999
Jenama Cadangan :
Fujitsu Lifebook L Series 14" Notebook Red RM1,899
Dell Inspiron 14z” Ultrabook Silver RM1,599
Asus A55VD-SX826 15.6" Notebook Red RM1,599
Asus Vivobook TouchScreen 11.6" Notebook Gold RM1,699
Toshiba Satellite L850-1024X 15.6" Notebook White RM1,999
Toshiba Satellite L850-1024X 15.6" Notebook RedBlack tone RM1,999
Boleh beli USB speaker yang berharga sekitar RM35 - RM90 sahaja bagi memeriahkan lagi bunyi movie kesukaan anda...
Bajet sya dlm 2000 je. Sya sbnarnya minat brand hp..tp ramai yg x sarankan saya ambil brand hp..sbb apa ye?
DeleteOk lah....saya tidak boleh cerita secara details berkenaan soalan anda berkenaan laptop jenama hp, kerana didalam penulisan blog ataupun social netwoking pun...perkara negatif \ kelemahan sesuatu jenama mahupun ape2 pekara pun tidak boleh diceritakan walaupun saya mengetahuinya...
DeleteCuma saya boleh katakan....laptop jenama HP adalah 10 senarai yang terbaik, namun untuk pasaran tempatan...jarang kita lihat versi 'high spec'...maksud saya disini, jika saya mahukan laptop HP yang terbaik, saya perlu datang sendiri ke HP Center atau pengedar HP untuk tempahan bagi mendapatkan model terbaik yang biasanya amat payah untuk kita jumpa di kedai2 komputer. Perkara beginilah yang selalu pengguna salah anggap dan salah tafsir...
Sebagai contoh jenama Acer, model Aspire banyak dipasaran berbanding Travelmate...
Jika bujet anda bawah RM2000, anda boleh cuba jenama yang saya sarankan...
Ohh..thank you for the suggestions & recommends..great help. :)
DeleteYou're welcome... also thank you for reading this blogspot content....hopefully can provide useful knowledge to you... :)
DeleteSaya ingin meminta pendapat admin ttg laptop yang sesuai untuk gaming dan kerja... anggaran bdget dlm rm2000. besanya waktu release tension, saya suka bermain game PES dan bermain dalam tempoh masa 4 - 5 jam... manakala,masa kerja, saya banyak menggunakan program Microsoft Office... arap admin dapat membantu saya dalam hal ini... tak sabar untuk menunggu pendapat admin sbb sblm ni, saya cuba mengkaji sendiri ttg spec laptop yang sesuai utk gaming dan kerja dengan melayari banyak web site tp kureng fhm... TQ admin...
ReplyDeleteTerima kasih dengan soalan yang menarik... Sepertimana yang telah saya jawab di ruangan comments sebelum ni, spec Laptop untuk digunakan khas bermain game 'heavy' memerlukan spec power. Spec power bukan sahaja merangkumi kelajuan processor dan RAM semata-mata, tetapi juga merangkumi kualiti mainboard yang digunakan....Mainboard, Graphic chip, gred cip-cip pada mainboard digunakan menjadi faktor penting juga. Selain dari itu, sistem pengudaraan, saiz skrin malah sistem bunyi laptop juga perlu diambil kira seandainya anda inginkan kepuasan bermain heavy games tanpa gangguan.
ReplyDeleteBagi saya, RM2000 untuk keperluan sebegini boleh diperolehi, tetapi masih tidak memadai. Mungkin anda boleh bermain games PES sahaja, namun game heavy yang lain akan mendatangkan masalah, seperti jammed, panas, sangkut-sangkut dan akhirnya mainboard atau chip grafik boleh terbakar akibat suhu bertambah panas..
Ok takpe...saya senaraikan laptop yang anda inginkan dalam lingkungan harga RM2000 ke RM3000. Senarai berikut menggunakan saiz RAM 4GB dan dilengkapi Graphic Chip dan saiz HDD dari 500GB ke 750GB. Saiz RAM boleh ditambah hingga 6GB bagi sesetengah laptop.
Fujitsu Lifebook A Series 15.6" = RM2,799 - Intel Core i5
Lenovo Essential G480 14" = RM1,899 - Intel Core i5
HP Pavilion m4-1001TX 14" = RM2,099 - Intel Core i5
Dell Inspiron 14R 14" = RM2,099 - Intel Core i5
Asus Ultra Slim 14" = RM2,099 - Intel Core i5
MSI GE60-OND-655MY 15.6" Gaming = RM2,899 - Intel Core i5
Asus Performance A45VS 14" = RM2,899 - Intel Core i7 ( special )
Acer Travelmate TMP243 14" = RM2,299 - Intel Core i5
Toshiba Satellite L850 15.6" = RM2,399 - Intel Core i5
Saranan saya, gunakan cooler fan branded. Pilih saiz fan besar atau jenis twin fan / triple fan serta jenis putaran laju. Harga diantara RM59.00 hingga RM130.00. Jangan berkira-kira untuk membeli cooler fan. Anda telah belanja sejumlah dua tiga ribu, mesti mahu semuanya berkualiti kan?
Salam...nak tumpang tanya...btul ke grafik kad amd radeon mnyebabkan laptop cpt pns berbanding nvidia geforce?
ReplyDeleteTerima kasih sebab sudi baca topik ini dan memberi soalan yang bagus... Sebenarnya, kedua-dua jenis GPU ni mempunyai prestasi yang sama-sama bagus, cuma bezanya keserasian dengan hardware yang digunakan... Jawapan mungkin agak teknikal, tapi saya cuba beri jawapan terbaik.
DeleteFaktor panas adalah sistem pengudaraan yang kurang baik. Sistem pengudaraan yang baik merangkumi material heat sink yang digunakan, saiz dan kelajuan kipas heat sink, rekaan lengkok corong angin serta ruang reda udara antara casing dengan motherboard laptop. Faktor ini nampak remeh, tetapi sistem pengudaraan yang baik mampu melonjakkan prestasi laptop dan mengurangkan suhu kepanasan CPU dan GPU.
nVidia dan ATi Radeon hanyalah chip GPU... AMD bergabung dengan ATi bagi menghasilkan siri GPU generasi baru yang dikhaskan untuk prestasi dari segi kelajuan, kualtili gambar dan keserasian dengan pemproses AMD. Soal GPU mana lebih panas adalah bergantung pada ciri-ciri dan rekabentuk produk pengeluar laptop. Memang tidak dinafikan, terdapat sesetengah laptop yang menggunakan chip AMD Radeon mengalami masalah overheating ..sedangkan laptop jenama selainya yang juga menggunakan chip AMD Radeon tidak bermasalah sepertinya... Dah nampak kan situasinya?
Lagi satu, apabila menggunakan laptop....elakkan diletakkan diatas tilam, bantal, sofa dan apa sahaja yang permukaanya lembut. Gunalah cooler fan dan letakkan diatas meja rata atau lantai contohnya....lebih selamat dan suhu tidak panas..
TQ, admin, maklumat yg sgt padat dan berguna... harga yg disyorkan memang dalam anggaran bdgt saya... lagipun, stakat ni, saya memang minat main game PES je. laptop sblm ni dah rosak sbb tak dpt on lg dah... anta ke kedai, diorang bagitau mother board rosak. kira2 rm600 nak ganti motherboard baru... sbb tu, nak plan bli laptop baru n sesuai untuk gaming n kerja... TQ skali lg, admin...
ReplyDeleteOk sama-sama...terima kasih juga kerana tidak jemu membaca komen-komen pembaca dalam topik ini...harapan saya agar anda dapat jumpa dan memperolehi laptop idaman itu...
Delete*laptop rosak tu boleh lelong ke kedai yang membeli barang sparepart. Cubalah...dapat dua tiga ratus lebih baik daripada simpan sahaja kan...
Salam,saya nak minta pendapat admin ttg laptop Sony VAIO E Series 15 SVE15123CVW.
ReplyDeleteadakah laptop nie sesuai utk saya sebab saya suka tengok movie n main games.
jika tidak,boleh tak suggest laptop yang sesuai utk saya.. bajet rm2000.
TQ
Berkenaan dengan model Sony VAIO E Series 15 SVE15123CVW, pendapat saya model ini sudah memadai untuk citarasa anda...tambahan lagi, saiz skrin 15.6 inci adalah satu bonus. Spec Intel Core i3 - 2.4Ghz, 2GB RAM dan 500GB HDD serta built-in intel graphic chip sudah memadai bagi saya...
DeleteCadangan tambahan :
Dapatkan cooler fan terbaik dengan binaan kerangka (casing) logam / semi-aloi dan jenis twin fan / big fan. Jenama cadangan, CoolerMaster, WinCool dan seumpamanya...
USB speaker untuk sistem bunyi terbaik / subwoofer set 2.1 channel sekurang-kurangnya...jenama seperti, Altec Lansing, JBL, SonicGear dan sebagainya...
Salam..Sye student UiTM.sye tgah survey nak beli sebuah laptop.member2 kate brand asus terbaekk.sye suke tgok video n main game PES or FIFA.kekadg slalu gak online.so,bajet for that laptop is <rm2200. Agak2 ade suggestion tak? tq~
ReplyDeleteFujitsu Lifebook A Series 15.6" = RM2,799 - Intel Core i5
DeleteLenovo Essential G480 14" = RM1,899 - Intel Core i5
HP Pavilion m4-1001TX 14" = RM2,099 - Intel Core i5
Dell Inspiron 14R 14" = RM2,099 - Intel Core i5
Asus Ultra Slim 14" = RM2,099 - Intel Core i5
MSI GE60-OND-655MY 15.6" Gaming = RM2,899 - Intel Core i5
Asus Performance A45VS 14" = RM2,899 - Intel Core i7 ( special )
Acer Travelmate TMP243 14" = RM2,299 - Intel Core i5
Toshiba Satellite L850 15.6" = RM2,399 - Intel Core i5
# Soalan ini hampir sama dengan comments bertarikh 13 jun 2013 @ 9.27AM. Anda boleh refer pada komen tersebut...
Tumpang tanya..saya nk cri laptop pling simple yg sesuai utk buat kerja online dr rmh...juga utk surf intrnet...boleh beri cdangan? Thanks..
ReplyDeleteTerima kasih dengan soalan diberi. Soalan ini sama dengan pertanyaan oleh Wan KuntumSari pada comments April 13, 2013 at 8:33 PM
DeleteOk ini jawapannya...
Untuk ketahanan dan prestasi baik, saya boleh beri 4 yang terbaik...DELL, ASUS, FUJITSU, dan TOSHIBA. Memadai memilih siri Processor AMD Vision atau intel Core i3...pastikan RAM 4GB hingga 8GB lebih prestasi.. Jenama-jenama ini menjadi pilihan saya dan rakan-rakan saya... Harga diantara RM1200 hingga RM2300.
Boleh rujuk di http://www.lazada.com.my/shop-laptops/
dari sistem os Dos atau window lebih bagus?
ReplyDeleteDalam bidang IT, DOS bermaksud Disk Operating System manakala OS bermaksud Operating System dan Windows adalah operating system yang dihasilkan oleh syarikat Microsoft.
ReplyDeleteBerikut adalah asas perbezaan DOS dengan Windows :
DOS = hanya paparan skrin hitam atau biru.
= 100% menggunakan keyboard untuk mengawal\menggunakan sistemnya.
= cuma paparan text yang boleh mengawal\menggunakan input-output device.
Windows = paparan berbagai warna mengukut versi.
= menggunakan GUI ( graphical user interface ).
= banyak menggunakan mouse daripada keyboard.
= lebih senang digunakan berbanding DOS.
# sekiranya anda membaca spec laptop, ada tertera perkataan "OS: Free DOS". Ini membawa dua maksud, samada laptop tersebut hanya dilengkapi OS Windows tanpa lesen ataupun tidak mempunyai OS Windows langsung!
As'salam. Saya bercadang ingin membeli laptop jenama ASUS i3 kerana ingin melayari internet (baru pasang UNIFI) dan microsoft office mengikut spec yg tuan nyatakan. Boleh perjelaskan persoalan saya di bawah tentang laptop asus:-
ReplyDelete- kurang pasti saiz yg ingin diambil
- Saiz 14 inci ke atas OP tidak disertakan. Adakah risiko jika install OP yang tiruan?
- kurang pasti nak beli touch screen atau yg biasa
- pendapat tuan tentang jualan Asus i5 second hand yg lebih kurang harga baru i3 seperti di mudah.com.my. Kebanyakan masih ada waranty lagi.
Budget RM 1,500 Terima kasih....
wa alaikumus salam... terima kasih dengan soalan bernas. saiz 14 inci atau 15 inci tidak kisah pun, yang penting modal. Operating System ( O.S )sebenarnya sama sahaja, yang membezakan hanyalah license. yang tiruan asalnya dari original, cuma tiada lesen sahaja. umpama anda memandu kereta tanpa lesen dan cukai jalan, keadaan kereta sama sahaja...betul tak?
ReplyDeletetouch screen atau yang biasa pun hanyalah pilihan....saya lebih suka skrin biasa berbanding touch screen kerana ianya lebih lasak.
sekiranya meminati laptop second hand, cadangan saya pilih yang terbaik dan tidak cacat...jika tidak jauh beza harga dengan yang baru, elok lah ambil yang baru....lebih terjamin.
jika Asus i5 second pilihan anda beza harga dengan yang baru sekitar RM400 - RM500, boleh lah dibeli. cuma yang penting, fizikal laptop masih baik dan mestilah dilengkapi all-in-box items sepetimana mula-mula owner asalnya beli dulu ( cd, manual book, warranty card dan sebagainya )
Assalamualaikum...sy brcadang nk beli laptop..budjet around rm2000...guna utk main game dan lyan movie..sy target toshiba L850...sy nk tanya admin tntang kualiti speaker laptop ni bgus tak..sbb sy prnah guna notebook kwn yg ada speaker harman kardon, bunyi cun sngat bila main lagu...atau minta cdangan admin laptop yg audio baik punya & spec yg sesuai utk main game, movie, lagu, surf intrnet...
ReplyDeletewa alaikumus salam...maaf lambat reply sebab agak sibuk. tidak dinafikan, sistem bunyi Harmann Kardon, JBL dan Altec Lansing memang power! cuma sekarang tidak banyak pengeluar laptop menggunakan sistem bunyi ini sebagai 'bonus' standard. maaf, saya belum pernah try toshiba l850 ni.cuma lihat pada spec cukup bagus dan saya suka. jika ada bujet lebih, boleh beli set speaker JBL, Altec Lansing untuk lebih kepuasan. tak perlu set mahal, cukup chanel 2.1 sahaja....1 subwoofer dan 2 mid range. market value rm160 - 250 mengikut kekuatan PMPO.
DeleteAdmins,
ReplyDeleteSaya bercadang untuk membeli laptop yang baru tetapi masih belum dapat membuat keputusan yang tetap di antara 2 laptop ini.
1) Samsung NP370R4E-A04MY (RM 1899)
Intel core i5-3210M/ Windows 8(64-bit)/ 4GB DDR3/ 500 GB Hard drive/ Intel Graphics 4000
2) Dell New Vostro 5460 Ultrabook (RM 2199)
3rd Gen intel core i5-3337U/ Windows 8/ 4GB DDR3 SDRAM/ 500GB Hard Drive + 32GB mSATA Hard Drive/ 2GB GDDR3 NVIDIA GeForce GT 630M
Ciri2 laptop yg saya inginkan ialah ringan dan laju untuk membuat kerja2 serta media yg bagus.
Saya harap admins dapat membantu saya untuk finalize model yang patut saya beli.
saya cadangkan, pilih Dell. Pengalaman saya menggunakan jenama Dell, ianya tahan lasak dan berkualiti. ada value jika jual semula. jangan lupa pula belikan set cooler fan terbaik ok supaya jangka hayat laptop lebih lama. cadangan cooler fan, twin fan atau triple fan. material aloi atau besi. market value RM75 - RM120. biar mahal beli sekali, daripada murah cepat rosak.
DeleteAssalam .saya seorang student dan memerlukan satu laptop baru akibat laptop lama yang dah rosak skrinnya .kalau tak keberatan ,sy amat memerlukan pendapat admin untuk brand laptop yg bersesuaian dengan kerjaya saya sebagai student. Apa yg saya selalu guna hanya microsoft office dan adobe flash ,illustrator dll .sebagai sampingan pun just tengok movie dan surfing internet .kalau boleh nak tau terus jenama cadangan untuk notebook dan netbook yg sesuai sebab sy tak mahir kalau diterangkan mengenai spec semua nie .:)
ReplyDeletewa alaikumus salam...ok lah, saya andaikan bujet anda sekitar RM1500 ke RM2000.
Deletepertamanaya, pilih jenama laptop. cadangan saya, Dell, Toshiba, Fujitsu dan Asus.
1. Fujitsu Lifebook RM1899 color : maroon black
Intel Core i3-3110M 2.40GHz
2GB DDR3 / 640GB HDD
Windows 7 Home Premium
14” LED display
WiFi + Bluetooth 4.0
NVIDIA GeForce GT620M 2GB
Dual Layer DVD Super Multi Write
2. Dell Inpiron RM1849 color : pink black
Intel Core i5-3337U processor - 1.8GHz
4GB DDR3 / 750GB HDD
15.6 inch LED Backlit Display with True Life and HD resolution (1366 x 768)
Intel 2230 802.11n + Bluetooth v4.0
AMD Radeon HD 8730M with 2G DDR3 VRAM
Tray load DVD Drive (Reads and Writes DVD)
3. Toshiba Satelite RM1800 color : pearl white with chrome lining
Intel® Core™ i5-3230M 2.6GHz
2GB RAM / 500GB HDD
Windows® 8
15.6" screen
WiFi & Bluetooth 4.0
AMD Radeon™ HD 7670M 2GB
DVD SuperMulti Double Layer Drive
4. Asus Versatile A55VD RM2049 color : blue
Intel Core i5-3210U Processor - 2.5GHz
2GB DDR3 / 500GB HDD
Windows 8
15.6" HD Color Shine(LED)
802.11b/g/N(ASUS) / Bluetooth
NVIDIA GeForce GT610 with 2GB
8xSuper Multi-Dual
Assalam shah !thanks banyak2 .sangat membantu hilangkan blur nie .terima kasih .:)
Deleteok. sama2...boleh gunakan online shopping sbg medium rujukan dan membeli secara terus ke kedai berhampiran sekiranya kurang yakin untuk membeli secara online.
DeleteBaik .sangat membantu sy yg betul2 tak tahu .terima kasih .
Deletelaptop compaq cq41 210au ok ke x erk??????
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi baca dan bertanya soalan bagus. saya banyak membaiki laptop ini dengan masalah yang sama. cadangan saya, cuba dapatkan model lain. model compaq ini bukan tidak bagus, cuma agak 'manja' untuk dijaga dan digunakan.
Deletesalalm , shah boleh tak kenalpasti kerosakan laptop yg sedang saya alami . saya memakai laptop compaq presario . sebelum ni laptop saya skrin dea ok , cuma yg colour screen warna putih jadi warna biru and laptop saya ni mengeluarkan bunyi angin yg kuat . Tp skrg laptop ni dah jadi blank screen ta keluar ape2 tp laptop ni masih boleh on . Saya buad research internet ade yg kate motherboard rosak ade yg kate graphic card rosak . Yg mana satu eh ?saya nak hantar repair dan berapakah cost yg akn dikenakan utk repair . saya takut kalau harga jauh lebih mahal sbb takut kene tipu . saya bukan tahu sgt harga2 alat ganti komputer .So saya nak bua servey dulu . harap shah dpt mbantu :)
ReplyDeletewa alaikumus salam... terima kasih dengan soalan yang lengkap dan tepat. tidak dinafikan, model hp-compaq begini memang mempunyai masalah graphic chip dan motherboard. market value bagi motherboard sekitar RM650 hingga RM800 mengikut jenis, manakala bagi graphic chip pula sekitar RM150 hingga RM250. tetapi, biasanya masalah sama berulang jika menggantikan graphic chip. dan jarang sesetengah pengguna yang sanggup menggantikan motherboard untuk model ini kerana faktor mahal dan masalah akan berulang kembali.
Deletecadangan saya, cuba jual di kedai barang sparepart komputer ataupun trade-in dengan model baru seperti Dell, Asus, Toshiba dan Fujitsu....model2 sebegini setakat ini belum saya temui masalah rumit lagi..anda boleh buka skru di bahagian belakang laptop untuk mencabut hard disk sebelum menjual\trade-in. jadikan hard disk tersebut sebagai external disk peribadi anda. kebiasaanya, banyak maklumat penting didalam hard disk tu kan..just beli external enclosure jenis SATA dan pasangkanya. sangat mudah. harga enclosure ni sekitar RM30 - RM100 mengikut kualitinya.
salam, saya nk minta pendapat saudara. saya nak beli laptop baru sebab laptop lama skrin rosak. bajet saya bawah rm1500.
ReplyDeleteterima kasih sudi bertanya dan baca artikel ini. ok, jika bujet RM1500 anda masih boleh dapatkan laptop versi 'low-end standard' tetapi masih berkualiti.
Delete1. Asus X501A-HPD121H skrin 15"
Intel Pentium® Dual-Core B980 2.4GHz
4GB DDR3/ 500GB HDD
Windows 8 64-bit
15.6" LED-backlit TFT-LCD high-definition
Wireless
UMA Graphics
RM1399
2. ASUS AMD Brazos X45U-VX024 skrin 14"
AMD E2-1800 1.7GHz
2GB RAM / 500GB HDD
14" screen
WiFi & Bluetooth 4.0
AMD Radeon HD 6320
Super Multi Dual Layer
RM1099
3. Samsung A01MY skrin 14"
Intel® Pentium® Processor 997
500GB S-ATAII Hard Drive / 2GB RAM
14.0" HD LED Display
WiFi
Bluetooth 4.0
Ethernet
Intel® HD Graphics
RM1199
4. HP 1000-1324TU skrin 14"
Intel® Pentium® 2020M Processor 2.40GHz
2GB DDR3 x 1 (2 slots) RAM / 500GB HDD
Windows 8 64-bit
14" screen
Wi-Fi
Intel® HD Graphics
SuperMulti DVD burner
RM1299
semoga anda membuat pilihan yang tepat berdasarkan kemampuan anda.
Asalamualaikum, hi admin...sy bcadang nk beli laptop ASUS or Sony..bajet dalam RM3500..blh rcmmend model apa yg sesuai....sy ske lyn movie,internet,dwnlod...dan yg penting ringan, jimat bateri..any suggestion?tq =)
ReplyDeletewa alaikumus salam....terima kasih sudi baca blog dan memberi soalan bagus. hemm...agak tinggi bajet anda ye..amat sesuai dengan citarasa anda.
Delete1. Asus Versatile Performance A55VD
Intel Core i5-3210U Processor - 2.5GHz
2GB DDR3 / 500GB HDD
Windows 8
15.6" HD Color Shine(LED)
802.11b/g/N(ASUS) / Bluetooth
NVIDIA GeForce GT610 with 2GB
8xSuper Multi-Dual
RM2099
anda boleh juga dapatkan jemana lain seperti berikut
1. MSI GE60-OND-442MY
Chief River intel Core i7-3630QM
4GB DDR3 x 2 pcs / 1TB HDD
Windows 8 64-bit
15.6" screen
WiFi + Bluetooth 4.0
nVidia GeForce GTX660M 2GB GDDR5
DVD Super Multi ODD
RM3599
2. Fujitsu Lifebook A Series AH532MYEVK20067
Intel Core i7-3520M 2.90GHz
4GB DDR3 / 500GB HDD
Windows 7 Home Premium
15.6" LED display
Intel Centrino Wireless-N 2230 + Bluetooth
Intel HD Graphics
Dual Layer DVD Super Multi Writer
RM2799
3. Toshiba Satelte P Series P840T-1010X
Intel Core i5-3337U 1.8GHz
4GB DDR3 / 750GB HDD with shock absorbers
Genuine Windows 8
14.0" WXGA HD Clear SuperView LED Backlight
NVIDIA® GeForce GT630M 2GB with Optimus Technology
802.11 b/g/n WiFi
Bluetooth 4
RM3499
duit lebih tu boleh sambar sound system chanel 5.1 atau 7.1 seperti jenama Altec Lansing, Logitech, JBL atau Harmann Kardon! pasti anda akan puas hati layan movie...
assalamualaikum...saya bercadang untuk membeli laptop untuk anak saya yang sedang belajar dalam machine design engineering. dulu dia pakai asus latest model for grafik tapi dah kena curi. boleh tak cadangkan laptop yang sesuai untuk kerja2 grafik 3D dan multimedia? laptop yang tahan lasak dan kalau boleh jangan mahal sangat. nak beli secepat mungkin. kat mana ya?
ReplyDeletewa alaikumus salam. terima kasih kerana sudi baca artikel dan respon soalan.
ReplyDeleteuntuk student machine design, biasanya diorang banyak guna software untuk render object.
cadangan saya, sediakan bujet sekitar RM2700 - RM3800.
senarai laptop hi-performance & tough
1. Dell Inspiron 7420
Intel Core i7 3612QM 2.1GHz
HDD 8GB RAM / 1TB HDD
Windows 8
14" screen
Wi-Fi
Bluetooth 2.1+EDR
NVIDIA GeForce GT 640M DDR3 2GB
Internal Tray-Load DVD+/-RW
RM2799
2. Fujitsu Lifebook AH532
Intel Core i7-3520M 2.90GHz
4GB DDR3 / 500GB HDD
Windows 7 Home Premium
15.6" LED display
Intel Centrino Wireless-N 2230 + Bluetooth
Intel HD Graphics
Dual Layer DVD Super Multi Writer
RM2799
3. Toshiba Satelte P Series P840T-1010X
Intel Core i5-3337U 1.8GHz
GB DDR3 / 750GB HDD with shock absorbers
Genuine Windows 8
14.0" WXGA HD Clear SuperView LED Backlight
NVIDIA® GeForce GT630M 2GB with Optimus Technology
802.11 b/g/n WiFi
Bluetooth 4
RM3499
4. ASUS ROG G Series Notebook
Intel® Core™ i7-3630QM Processor
Intel® HM77 Chipset
OS Windows 8 64-bit
4GB DDR3 1600 MHz SDRAM, up to 16 G, (8 GB x 2)
1TB 5400rpm HDD
NVIDIA® GeForce® GTX 660M 2GB GDDR5 VRAM
RM3800
4 contoh model ini boleh dijadikan rujukan. di plaza low yat jalan imbi kuala lumpur banyak menjual laptop performance begini seperti jenama Asus Lambo, Dell Alienware dan berbagai lagi. untuk tugas rendering, elok pilih saiz skrin 15inci. terdapat juga laptop yang saiz skrinya 17 inci, cuma agak mahal.
jika membeli secara online, anda boleh cuba membeli di :
lazada.com.my
ipmart.com.my
Assalamualaikum...terima kasih atas panduan yang diberikan. Kalau dibandingkan Apple Macbook Pro dengan yang lain2 tu mana yang terbaik? Mana bagus, grafik intel HD atau NVIDIA GeForce?
ReplyDeletewa'alai kumus salam... terima kasih juga bertanyakan soalan menarik. sebenarnya, semua laptop adalah baik dari segi asasnya, cuma perbezaanya adalah untuk tujuan apa anda ingin membelinya? adakah untuk tugas lite, medium atau heavy. Macbook Pro adalah yang terbaik jika disenaraikan dalam carta 10 laptop terbaik. menegenai graphic chip pula, ianya bergantung kepada tujuan penggunaan ataupun siri processor yang digunakan. contohnya, intel serasi dengan nVidia manakala Ati Radeon serasi dengan AMD. intel HD graphic boleh digunakan pada kedua-dua jenis processor dan tiada istilah mana lebih baik kerana masing-masing berperanan untuk tugas-tugas tertentu. jika untuk tugas editing foto\video, nVidia Geforce adalah contoh yang terbaik untuk dipilih.
ReplyDeletesalam...sy nk tnye...laptop apa yg sesuai untuk sy bli ek..agak blur ckt...sy bnyk gune microsoft office serta surf internet...dan sy juga slalo gne autocad utk buat drawg....kdg2 ska tgk mvie gak...budget <rm2000...agak2 jnis ape yg sesuai ye???tq
ReplyDeletesalam ramadhan....key point anda adalah selalu guna autocad...betul kan? bermakna, memerlukan sebuah laptop mid-heavy..baiklah, untuk bujet dibawah RM2000, anda seharusnya mengambilkira spec seperti berikut :
ReplyDeleteprocessor : AMD atau Intel dengan kelajuan melebihi 2.0Ghz
( contoh : AMD Athlon X2, Phenom, Core i5, Core i7 )
memory \ RAM : janis DDR3 4GB
graphic : nVidia Geforce ataupun Ati Radeon
hard disk : 500GB hingga 750GB
anda boleh rujuk komen-komen yang tersedia dalam senarai diatas dan terdapat komen seperti soalan anda ini. anda boleh dapatkan laptop berprestasi tinggi untuk tugas-tugas sebegini. jenama seperti ASUS, DELL, MSI, TOSHIBA dan FUJITSU adalah contoh boleh anda pilih. boleh juga rujuk laman web ini :lazada.com.my atau ipmart.com.my
tqvm...amat membntu maklumat ini...
ReplyDeletesalam shah@cetc . saya kagum admin sudi jawab semua soalan pembca dengan lengkap walaupun kdg2 soalannya lebihkurang :)
ReplyDeletesaya jg nak tanya pendapat jenama apa yg tbaik. actually xreti sgt bhs tech laptop ni. tp sy nak smtg mcm ni;
- tahan lasak. sebab saya selalu travel
- saya heavy internet user sebab tulis blog, website, buat thesis. so bnyk buat research kat internet
- ringan, bateri tahan lama
- biasa pakai words, powerpoint, edit video, edit music... etc
- bajet RM1800 ke bawah
kawan cadang dell vostro 5460 . processor i3 dah cukup ke? kalau beli i5, takut underutilized pula. harap dpt mmbntu.. terima kasih
terima kasih izaRamos kerana sudi membaca kandungan blogspot ini. bagi saya, dell vostro 5460 ni dah cukup ok. sesuai dengan bujet anda. intel core i3 dah cukup, just tambah je RAM 2GB lagi sekeping bagi menambahkan lagi kelajuanya. processor bukan jaminan 100% kelajuan laptop, cuma ianya "tenaga kerja utama" yang memelukan bantuan RAM, graphic chip dan mainboard untuk keserasian dan kelajuan. selamat membeli!
ReplyDeleteselain Dell, anda juga boleh servey jenama Fujitsu, Toshiba dan Asus yang menggunakan spec sama kerana ianya juga diparas harga yang sama. boleh juga rujuk laman web ini :lazada.com.my atau ipmart.com.my sebagai platform untuk servey.
Salam Ramadhon Shah@CETC
ReplyDeleteBoleh tolong sy survey kan harga dan tempat tuk letop "Dell Inspiron 15R Special Edition"
dan ape kelebihannya TQ.
SELAMAT MENJALANI FASA KE 3 BULAN PUASE "MEMINTA MENGAMPUNAN"
Saya kurang pasti apa kelebihanya, cuma boleh saya nampak kerangkanya diperbuat daripada aloi dan dengan kemasan fiber serta bonus skrin besar 15.6 inci! sesuai dan berbaloi dengan harganya yang tidak mahal.
DeleteDELL Inspiron 15R Special Edition
3rd Generation Intel® Core™ i5-3210M processor (3M Cache, up to 3.1 GHz)
Windows 8 Single Language, English (64bit)
15.6" HD WLED True-Life (1366x768)
4GB 1 DIMM (4GB x1) DDR3 1600Mhz
1.0TB 5400RPM SATA Hard Drive
AMD Radeon™ HD 7730M DDR3 2GB
12.7" SATA Tray Load DVD+/-RW
1Yr Ltd Hardware Warranty, InHome Service after Remote Diagnosis
2.76kg2
RM2,199.00
( Juga terdapat spec Core i7- 3.1Ghz dengan RAM 8GB RM2,799.00 )
*harga mungkin berbeza di sesetengah tempat
terima kasih sudi bagi jwpn yg lengkap. nak tny pendapat je, mengikut pengalaman admin, jenama mana paling bagus antara jenama yg admin bg kat atas, mngikut kesesuaian sy? pastu, admin kata jenama lain pun ada spec sama pd harga sama. dorang punya tu ultrabook jg ke? terima kasih..
ReplyDeletesukar bagi saya untuk memberi keputusan laptop paling bagus, kerana soalannya bersifat subjektif. seperti juga jika dipilih antara kereta BMW, Merch, Volvo dan Jaguar...kesemuanya adalah terbaik, yang membezakan ciri2 kereta tersebut yang mampu menambat hati anda. ianya juga sama seperti pemilihan laptop, bergantung pada tujuan apa anda guna? warna dan bentuknya serta ciri2 yang ditawarkan. cuma boleh saya katakan, Fujitsu, Dell, Toshiba dan Asus adalah contoh pilihan terbaik dengan bujet anda sekarang.
Deletecontoh:
1. Fujitsu Lifebook RM1899 color : maroon black
Intel Core i3-3110M 2.40GHz
2GB DDR3 / 640GB HDD
Windows 7 Home Premium
14” LED display
WiFi + Bluetooth 4.0
NVIDIA GeForce GT620M 2GB
Dual Layer DVD Super Multi Write
2. Dell Inpiron RM1849 color : pink black
Intel Core i5-3337U processor - 1.8GHz
4GB DDR3 / 750GB HDD
15.6 inch LED Backlit Display with True Life and HD resolution (1366 x 768)
Intel 2230 802.11n + Bluetooth v4.0
AMD Radeon HD 8730M with 2G DDR3 VRAM
Tray load DVD Drive (Reads and Writes DVD)
3. Toshiba Satelite RM1800 color : pearl white with chrome lining
Intel® Core™ i5-3230M 2.6GHz
2GB RAM / 500GB HDD
Windows® 8
15.6" screen
WiFi & Bluetooth 4.0
AMD Radeon™ HD 7670M 2GB
DVD SuperMulti Double Layer Drive
4. Asus Versatile A55VD RM2049 color : blue
Intel Core i5-3210U Processor - 2.5GHz
2GB DDR3 / 500GB HDD
Windows 8
15.6" HD Color Shine(LED)
802.11b/g/N(ASUS) / Bluetooth
NVIDIA GeForce GT610 with 2GB
8xSuper Multi-Dual
sumber rujukan : http://www.lazada.com.my/shop-laptops/
( *mungkin terdapat perbezaan harga )
Hello admin, sye pkai hp pavi g series, skrg sye mngalami msalah cooler fan laptop ni sekejap pusing skejap x, sye da cube bkak skru blkg dye , bersihkn fan dye, tp hasil ttp same, boley admin kenal pasti masalah yg sye alami,? Sye on lppy ni dye tulis cooler fan not operating correctly, error system fan 60 b, so, sye on dlm bbrpe minit dye overheat,kalau sye nk beli lappy baru, boley bg cdgn ape yg sesuai bjet rm 2000 hard gamer .dota..for graphic card n all detail k,. Tanx
ReplyDeletehello....terima kasih dengan soalan anda. anda boleh cuba dapatkan pengganti kipas tersebut yang banyak dijual di kedai aksesori komputer. pilih yang sama saiz, kelajuannya, voltage dan keupayaanya. cuba dahulu tukar kipas tersebut dan lihat hasilnya.
ReplyDeletebujet RM2000 mungkin tidak boleh dapat kepuasan bermain hard-games. anggaran RM2600 keatas adalah berbaloi. anda boleh rujuk contoh komen2 diatas untuk laptop pilihan anda. selamat mencuba!
Lenovo g400s ok x ? Intel i3 , sye x lah hard sgt, skdar lpskn tekanan and cari laptop yg fan x cepat panas.
ReplyDeleteMaaf....model Lenovo ni belum pernah saya cuba prestasinya...
Deleteformula mudah untuk mencari laptop seperti yang anda maksudkan adalah seperti berikut :
- pastikan keranagka ( casing ) diperbuat atau terdapat kemasan daripada logam.
- lihat dibawah perut laptop, lagi banyak ruang udara atau lubang2 kecil, lagi bagus.
- tidak rugi memilih laptop saiz tebal, ia adalah faktor ruang udara lebih lega.
* scroll keatas, cuba anda lihat gambar laptop tersebut....ini contoh pilihan saya.
diharap dengan petua ringkas ini, dapat menyelesaikan kebuntuan anda..semoga berjaya!
Salam.Sy ingin membeli laptop.Sbg student,laptop apa yg sesuai bgi sy?Sy kerap menggunakan power point dan excel.dan selalu juga tgk movie,download,main game dan melayari internet.
ReplyDeleteSy nk jenama asus dan fujitsu.Budget RM 2000-RM 3500.
Sy harap admin boleh bgi cadangan model yg sesuai.
Terima Kasih.
terima kasih kerana sudi membaca blogspot ini dan memberi respon soalan. sebenarnya, soalan anda hampir menyamai soalan2 diatas....cuba anda baca kesemua komen2 diatas agar lebih mudah untuk membuat keputusan...jawapan telah tersedia untuk soalan anda ini. tapi tidak mengapa, saya senaraikan semula untuk tatapan anda dan semua pembaca yang lain.
DeleteBerikut adalah contoh Laptop berkualiti yang berharga RM2700 hingga RM3800.
Laptop berikut sesuai untuk tugas2 lite hinggalah heavy seperti editing foto \ video.
1. Dell Inspiron 7420
Intel Core i7 3612QM 2.1GHz
HDD 8GB RAM / 1TB HDD
Windows 8
14" screen
Wi-Fi
Bluetooth 2.1+EDR
NVIDIA GeForce GT 640M DDR3 2GB
Internal Tray-Load DVD+/-RW
RM2799
2. Fujitsu Lifebook AH532
Intel Core i7-3520M 2.90GHz
4GB DDR3 / 500GB HDD
Windows 7 Home Premium
15.6" LED display
Intel Centrino Wireless-N 2230 + Bluetooth
Intel HD Graphics
Dual Layer DVD Super Multi Writer
RM2799
3. Toshiba Satelte P Series P840T-1010X
Intel Core i5-3337U 1.8GHz
GB DDR3 / 750GB HDD with shock absorbers
Genuine Windows 8
14.0" WXGA HD Clear SuperView LED Backlight
NVIDIA® GeForce GT630M 2GB with Optimus Technology
802.11 b/g/n WiFi
Bluetooth 4
RM3499
4. ASUS ROG G Series Notebook
Intel® Core™ i7-3630QM Processor
Intel® HM77 Chipset
OS Windows 8 64-bit
4GB DDR3 1600 MHz SDRAM, up to 16 G, (8 GB x 2)
1TB 5400rpm HDD
NVIDIA® GeForce® GTX 660M 2GB GDDR5 VRAM
RM3800
5. MSI GE60-OND-442MY
Chief River intel Core i7-3630QM
4GB DDR3 x 2 pcs / 1TB HDD
Windows 8 64-bit
15.6" screen
WiFi + Bluetooth 4.0
nVidia GeForce GTX660M 2GB GDDR5
DVD Super Multi ODD
RM3599
semoga anda dan pembaca yang lain boleh jadikan sebagai rujukan. anda boleh mencuba jenama lain sekiranya jenama yang saya sarankan bukan didalam senarai laptop kegemaran anda. selamat membeli!
Salam. Boleh tolong listkan laptop-2 yg pkai intel i3-3120M dgn hrga bwh rm2000 ?Klau ada bwh rm1600-1500 lgi bgus...
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi baca dan komen didalam blogspot ini. anda boleh rujuk di laman web berikut untuk lebih lanjut
Deletewww.ipmart.com.my
www.lazada.com.my
*taip sahaja di ruangan search di laman web tersebut
Salam. Ada tak laptop yg guna intel i3-3120M 2.5ghz dlm radius hrga rm2000-1400?Klau ada tolong listkan...
ReplyDeleteSalam, sebelum ni saya guna laptop hp presario . Tapi motherboard and screen rosak.
ReplyDeletesaya nak tanya, saya selalu mendownload cerita. adakah ini suma menyumbang kepada kerosakan motherboard ?
Salam, sebelum ini saya menggunakan hp presario, to motherboard n screen rosak.
ReplyDeletesaya bercadang nak beli laptop dengan bajet under rm 1500.
kawan2 mencadangkan beli jename asus vivobook touchscreen.
saya nk tye, adakah laptop touchscreen jenis tahan lasak?
1 lagi, saya selalu mendownload cerita. adakah ini menyumbang kepada kerosakan motherboard saya?
terima kasih kerana sudi baca kandungan blogspot ini. laptop touch screen direka untuk kegunaan lite dan mid-lite, santai dan lebih kepada surfing serta spec cpu ditawarkan dalam kategory cpu lite. terpulanglah kepada pilihan anda. cuma saya lebih suka menggunakan yang biasa kerana lebih lasak.
Deletejika bujet anda sekitar RM1500, spesifikasi berikut boleh dijadikan rujukan.
CPU: AMD Brazos, Sabine, Fusion, Comal atau Intel Pentium Dual-Core \ Core i3
RAM : 2GB - 4GB
HDD : 500GB
GPU : Nvidia Geforce \ Intel \ Ati Radeon
Display : LCD \ LED 14" / 15"
Optical Drive : DVD-RW
Weight : 1.7KG - 2.5KG
Jenama:
Asus
Toshiba
Fujitsu
Dell
Faktor penyebab mainboard \ graphic chip laptop rosak:
- meletakkan laptop diatas material lembut ketika digunakan seperti tilam, sofa, bantal, karpet dan seumpamanya
-tidak menggunakan cooler fan \ hanya menggunakan cooler fan rendah kualiti yang murah
-menggunakan dalam jangkamasa lama dalam keadaan suhu panas
-kerap bermain games heavy yang tidak mampu ditampung oleh laptop.
Cara mengatasinya:
- beli cooler fan saiz kipas besar \ twin fan \ triple fan ( RM60 - RM130)
- pilih cooler fan yang diperbuat daripada kerangka aloi \ logam
- alas kaki kiri dan kanan laptop dengan buku tebal dengan kadar anjakan 2 inci, kemudian halakan kipas meja. cara ini sangat efektif dan laptop sentiasa "sejuk".
- lagi tinggi ruang kelegaan perut laptop lagi efektif ( ini formula asas ). cuma alas sahaja dengan apa jua benda tebal seperti buku, bekas pensel, duster whiteboard dan apa sahaja. selamat mencuba!
Salam bro syah...laptop untuk game bwah 3k...just ada soalans je
ReplyDelete1.amd n intel mna lg ssuai untuk game?
2.ati redion dgn nvidia mna lg cun untk game?
3. Sy ada tgk plihan kt komen2 atas tu..antara asus,dell n toshiba mna lg ssuai untuk game...plih 1 je...klau bro akn plih yg mna...1 je k hehe
wah....mencabar juga soalan ni ye? ok, mcm ni la...saya anggap lah anda beri saya RM3000 untuk belikan laptop berprestasi baik. ini kira khlas la pilihan saya:
Deletesaya akan ambil jenama Fujitsu...namun jika ada bujet tambahan, saya akan pilih Asus Rog-G
boleh lihat disini
http://www.ipmart.com.my/main/product/ASUS,ROG,G,Series,Notebook,14,Inches,G46VW,CZ116H,Windows,7,Asus,Warranty,,378457.php?prod=378457
antara AMD dan Intel, dua2 jenis cpu ni sesuai untuk games tetapi untuk model seperti berikut:
AMD Athlon X2, AMD Phenom, AMD FX, AMD Opteron dan AMD A-series ( A8, A10 )
Intel core i5 dan Core i7
graphic chip Ati dan nVidia mempunyai kelebihan masing2, cuma nVidia lebih serasi dengan Intel manakala Ati serasi dengan AMD cpu.
diharap, anda dan pembaca lain lebih memahami fungsi cpu dan gpu ini.
Dell Inspiron 14R (5421) 14inch i7 Gaming Laptop
ReplyDeleteSalam,kat atas ni model y member saya cadangkan,saya nk beli untk adik sya lum raya,die study course engineering,soft y die guna C++ & autocad,adakh hrga lptop ni around 2.2k coz bajet saya around tu.Terima kasih cz blas mesej saya.
terima kasih dengan soalan diberi. jika tidak silap saya, model ini menggunakan intel Core i5, bukan Core i7 yang berharga sekitar RM1899. spec laptop ini boleh digunakan untuk perisian autocad dan C++. jangan lupa belikan cooler fan saiz besar dengan binaan kerangka daripada logam untuk menjamin 'kesejukan berpanjangan'
DeleteAssalam bro,sy nak tanya pasal prosessor antara Amd and radeon or Intel and nvidia..mana lg ok untuk gaming and programming?..sebab ad dengar cita dr segi ketahanan panas Intel lg ok drpd dr Amd..tp dr segi nak lg nampak gempak pakai Amd..tul ke?
ReplyDeletewa'alai kumus salam...terima kasih kerana memberi soalan yang baik untuk tatapan semua pembaca. rasanya, saya patut menceritakan secara ringkas isu ini agar pembaca semua dapat sedikit info ringkas ini
DeleteSebenarnya, isu AMD cepat panas adalah isu lama. isu ini terjadi pada model Athlon K7 first batch sekitar tahun 1998\1999 dulu. ketika itu, AMD menggantikan Socket Slot-1 dan Super 7 kepada Socket 462. socket Slot-1 dan Socket 7 berkongsi socket yang sama dengan Intel Pentium MMX dan Pentium II \ Pentium III ketika itu. namun, AMD tidak lagi berkongsi socket dengan Intel sejak menggunakan socket sendiri pada masa itu hingga kini.
Ketika 'pengasingan' socket daripada 'berkongsi' socket dengan intel pada zamanya, terdapat sedikit masalah pada cpu AMD Athlon K7 ini yang masih kurang serasi dengan beberapa pembuat mainboard. ketika ini, isu AMD cepat panas memang benar berlaku. ketika itu, Intel menggantikan pula Slot-1 Socket kepada Socket 370 untuk model Celeron dan Pentium III....namun, Processor Cyrix, IBM, Texas dan Via juga masih menggunakan socket 370 kecuali AMD.
pada model AMD Athlon generasi kedua yang masih menggunakan socket 462, tiada lagi isu AMD cepat panas. buktinya, saya sendiri antara pengguna model Athlon-XP 1700+ sekitar tahun 2003...tiada langsung masalah 'panas' sepertimana yang masih diperkatakan oleh pengguna ketika itu. sebelumnya, pada tahun 1999 saya menggunakan AMD K5 dan AMD K6 II serta K6 III ternyata memang laju dan masih terjaga dengan baik hingga kini.
ketika zaman belajar dulu, saya bersama rakan2 suka bereksperimen dua2 jenis processor ini oleh kerana kami semua pelajar engineering. kami lebih suka menggunakan AMD kerana faktor kelajuanya dan kepantasanya...jadi, anda tidak perlu risau isu 'panas' yang telah lama menjadi mitos dulu!
graphic chip Ati serasi dengan AMD dan nVidia serasi dengan Intel.
sebenarnya, tidak ramai yang tahu isu sensitif antara syarikat Intel dan AMD ini. hanya kepada yang benar2 minat mengkaji mengetahui perbezaan processor ini.
mungkin ramai yang tahu Intel Core i3, i5 dan i7 sahaja yang menggunakan dual-core, quad-core....tapi berapa ramai yang tahu mengenai AMD Phenom, Athlon FX yang terbukti berprestasi tinggi menggunakan dual-core, quad-core dan 6-core?
terima kasih admin atas panduan di atas :D
ReplyDeleteok, sama-sama juga...diharap anda jumpa laptop yang dinginkan dan selamat membeli!
DeleteSalam,.sye stdnt..nak tnya nie
ReplyDelete-antra wind0ws 8 ngan 7,mana lg senang nk guna dan lg ok?.
-kalau game wind0w 7 b0le ke main kat wind0ws 8?.
-apa mksud nye dgn lapt0p y graphic dia 'integrated'?.xpham ckit..hehe
thanks. ^-^
terima kasih dengan soalan yang bagus ni...
Delete-antra wind0ws 8 ngan 7,mana lg senang nk guna dan lg ok?.
# Windows 7 dam Windows 8 bagi saya dua2 senang guna, cuma anda mungkin agak kekok sedikit pertama kali menggunakan windows8 kerana fungsinya lebih teliti daripada windows 7.
-kalau game wind0w 7 b0le ke main kat wind0ws 8?.
#game sebenarnya bergantung kepada pembuat game tersebut, jika pada CD\DVD tertulis boleh support Win7 dan Win8...apa ada hal...boleh je..melainkan cuma boleh support Win xp dan Win 7 sahaja. namun boleh " try and error "
-apa mksud nye dgn lapt0p y graphic dia 'integrated'?.xpham ckit..hehe
# integrated bermaksud, standard...contohnya intel graphic, VIA, SIS. jika bukan standard, contohnya Ati Radeon atau nVidia Geforce yang mempunyai kelebihan dari segi kelajuan dan kecantikan kualiti gambar serta kepantasan video.
diharap anda dan semua pembaca lebih faham lagi...
terima kasih kerana sudi bertanya...apa yang saya dapat rasakan, laptop pilihan anda menjurus kepada Asus Transformer Book kerana ianya light-weight yang amat sesuai dengan tugasan2 seperti anda. bukan sahaja nipis dan ringan, malah baterinya juga tahan lebih lama. selamat membeli!
ReplyDeleteSalam tuan..
ReplyDelete1.Laptop sekarang jarang sangat guna AMD processor...INTEL lg dominan...apa pandangan tuan. AMD x laku ka? Or, org x tahu kelebihannya...
2..daripada soal jwb kat atas, tuan memang syor 3 jenama utama...ASUS, TOSHIBA, FUJITSU N DELL...
ACER jrg sgt tuan mention? Bo bg tau sy kat email...mcd_asepdenny@yahoo.com...or if not private, jawab jak kat forum tuan...huhuhu...sekarang ni baru 3 jenama ada brocure kat tangan, ASUS, TOSHIBA N ACER...update JULY-AUG 2013... entah nak pilih mana...brocure acer paling tipis...hehehe...
3..pilihkan untuk saya boleh?.
A..ASUS S550CB-CJ102H= RM2599
B..TOSHIBA SATELITE S40T-AS102X= RM2449
C..ACER ASPIRE V5-473PG-54204G50= RM2299..
model di atas sama spec, touch screen, processornya, graphic nya...ram nya...hmmm harga lain2...
4. Apa maksud 'ext 2gb VRAM' dan maksud ayat 'dedicated Ddr3 VRAM' pada graphic brocure2 ni...
Salam tuan...
ReplyDelete1...byk info dpt dr forum ni...makasih x lokek ilmu ngan kami yg buta ict ni...
2. Dr pembacaan sy, tuan selalu rekomen ASUS, TOSHIBA, FUJITSU N DELL...ACER? Huhu...ada komen yg lg secret x sal ni? Bo email sy di mcd_asepdenny@yahoo.com.
3.napa sekarang kebykn pengeluar x guna AMD? 80% Or mungkin 90% guna INTEL..AMD. xlaku ka? Pendpt tuan mcm mn?
4. D tangan skg ada brocure ASUS, TOSHIBA N ACER. aces la paling tipis katalognya..huhu...boleh tuan syor pd sy 3 model ni
A. Toshiba Satelite S40t AS102X = RM 2449
B. ASUS PROMO VIVOBOOK S550CB CJ102H = RM2559
C. ACER ASPIRE V5-473PG-54204G50, 14" = Rm2299
Ketiga2 nya guna i5, touch screen, 4gb ram, nvidia 740M ext 2gb VRAM,
CUMA,
hnya acer guna i5 4200U, toshiba n asus i5 3337u,
Hanya asus cakap guna graphic dengan cakap 'With 2gb DDR3 VRAM' Toshiba cakap, 'ext 2gb ddr3 VRAM', n acer cakap guna 'dedicated 2gb ddr3 Vram....apa bezanya tuan ayat2 ni?
terima kasih kerana sudi baca kandungan blogspot ini dan memberi soalan yang bagus. cukuplah panggil saya Shah, jangan pangil tuan...huhu. baiklah, saya cuba jawab setiap soalan anda secara ringkas dan mudah.
ReplyDelete1. memang tidak dinafikan, Intel lebih dominan daripada AMD. saya tahu sebabnya dan dari dulu lagi saya sentiasa mengikuti perkembangan dua syarikat ini hinga kini, namun saya tidak boleh ceritakan disini atas faktor sensitiviti serta telah menjadi syarat penulis blog agar tidak memaparkan sensitiviti sesuatu perkara \ pihak. di negara luar, AMD menjadi pilihan pengguna dan banyak versi prestasi tinggi digunakan pada laptop seperti model Phenom, Athlon, Athlon FX dan A4 hingga lah A8...tetapi tidak di negara kita yang banyak menggunakan model AMD Brazos, Fusion, Sempron, Turion dan Sabine yang sememangnya direka untuk tugas 'sederhana' dan 'sederhana berat'. untuk pengetahuan semua, pesaing sebenar Core i5 dan Core i7 adalah siri model Athlon dan Phenom, namun laptop model ini sangat susah untuk ditemui melainkan memerlukan tempahan sendiri dari luar. pemilihan siri kedua-dua processor ini sama juga situasinya dengan pemilihan kereta sebagai contoh, jika sesebuah jenama kereta diiklankan dan dipromosikan kerap, besar kemungkinan pengguna akan membeli model tersebut....sedangkan mungkin terdapat model yang mempunyai kelebihan lain yang tidak diketahui pengguna.
2. di Malaysia, terdapat 10 jenama laptop iaitu : Asus, Apple, Dell, Fujitsu, Toshiba, Sony, HP, Acer, MSI dan Samsung. ini tidak termasuk jenama lain yang baru dipasaran. saya cuma fokuskan pada model 'berkualiti' pilihan saya secara peribadi. kesemua 10 jenama laptop ini dikategorikan bagus, namun daripada 10 darinya cuma 5 jenama sahaja yang saya minati. faktor saya tidak pilih jenama lain ada sebab tertentu yang tidak boleh dipaparkan disini.
3. antara 3 pilihan anda, cadangan saya TOSHIBA SATELITE S40T-AS102X.
4. 'ext 2gb VRAM' \ 'dedicated Ddr3 VRAM' ia bermaksud, graphic chip ini menggunakan memory DDR3 built-in 2GB yang tidak berkongsi dengan memory laptop tersebut. contohnya, memory laptop 4GB dan memory graphic chip 2GB secara berasingan.
mintak tolong encik shah.
ReplyDeletesy baru beli laptop HP Pavilion g4 2006tx,windows 7 home 64 bit,4gb ram n siap dua grafik kad iaitu intel hd grafic 4000 and AMD Radeon 7670m.
masalahnya bile sy install game PES 2013, die gunekan grafik kad intel bukannye AMD..
so mcm mane care utk sy buat game tu gunekan grafik kad AMD??
sy dah update n install driver AMD ni yg baru tp tetap same jugak..
please help me bro..!
thank you
terima kasih sudi baca info blogspot ini dan respon soalan yang baik..ni fist time saya dengar laptop / pc menggunakan dua jenis GPU pada satu masa. remove / uninstall semula driver graphic intel dan restart laptop...cuba lihat hasilnya.
Deletemungkin owner asal / kedai tersilap install driver grphic.
Saya tahu sekarang tgh Raya time.tapi kalau dapar jawab~ya Allah tq so much lah bro!
ReplyDeleteOk 1st nak tanya kalau lp tetiba screen blank hitam tapi power still on.keadaan ni berlaku sama ada ada bateri mahupon x pasang bateri.(guna lp dr 2009 sampai sekarang.baru tukar window vista ke 7 dan tambah ram jd 4.)
Ke-2 saya student and pakai lp utk tujuan biasa(report,asgmnt) dan paling penting handle software macam ArcGIS,AutoCad,MapInfo dan ErdasImagine.so lp apa yg sesuai serta ciri2nya.
Ok sekia.Tolong balas segera.Terima Kasih
terima kasih kerana sudi baca info blogspot ini dan mengajukan soalan yang baik...
Delete1.cuba cabut kedua-dua RAM dan gosok kaki RAM berwarna emas dengan getah pemadam pada kedua-dua belah bahagian. cuba pasang sekeping pada Slot-1 dan On laptop. lihat hasil samada paparan display ada atau tidak. cabut semula RAM dan pasangkan pula pada Slot-2 dan On laptop. lihat hasilnya. cabut RAM tersebut dan pasangkan RAM lagi satu pada kedua-dua Slot serta ulangi langkah sama. ini cara untuk test keadan RAM. jika 2 langkah tersebut gagal, ini bermaksud skrin rosak ataupun skrin converter rosak ataupun GPU rosak ataupun juga motherboard rosak. satu cara lagi, sambungkan cable VGA biru monitor biasa / LCD dan palamkan pada port VGA laptop...ulangi langkah pertama tadi hingga akhir...jika ada display, bermakna skrin laptop rosak. jika sama juga, mungkin skrin\GPU\converter\mainboard rosak.
2. boleh ambil ciri-ciri laptop seperti berikut
-processor AMD Athlon, AMD Vision atau Core i5, Core i7
-boleh support DDR3 RAM hingga 8GB
-GPU Ati Radeon atau nVidia Geforce
-saiz skrin 15 hingga 17 inci
-dilengkapi pemacu DVD-RW
-menggunakan OS siri 64Bit seperti Win7 atau Win8
-harga bermula RM2,600 hingga RM3, 500 sudah memadai.
*pastikan software digunakan mampu running pada OS yang digunakan tanpa masalah.
Salam.. saya seorg student unikl. Saya nk cri laptop yang utk simpn2 assignment dan mudah utk buat kerja yang diberikan. Saya juga kerap untuk menggunakan internet untuk online. Sy mngharapkan kualiti yang baik. Saya mencari laptop yang agak ringan untuk dibawa. Sbb sy brbdan kecil.. anggaran budget sy cuma bawah rm1200. Ada tak yang sesuai utk situasi sy.. tq
ReplyDeleteSaya cadangkan jenama Asus dan Toshiba...setakat ini model ini paling murah dan berkualiti baik.. Harga sekitar RM899 hingga RM1299 sahaja. Boleh buka laman web www.Lazada.com.my atau www.ipmart.com.my sebagai rujukan spesifikasi dan bujet.
DeleteLaptop seperti ini sesuai untuk tugasan ringan seperti chatting, surfing, typing dan seumpamanya.
alhamdulillah.thanks atas panduan utk komen (9ogos)
ReplyDeleteas a female,jawapan utk no.1 agak pening2 lalat utk faham.tapi saya dah hantar kedai komputer dan mrk ckp lp ok2 saja.(lp ni kadang2 ok kadang mabuk sket)
as a back up sy dah pon beli lp baru berdasarkan komen2 dalam blog ni dan atas cadangan komen2 anda yg lepas2.utk jawapan soalan no. 2 tu, yes ada ciri2 yg sama pada lp baru sy.(Toshiba M840,intel core5)
anyway tq so much and salam lebaran :)
Terima kasih juga kerana feedback semula dan menjadikan blogspot ini salah satu sumber rujukan... Tahniah kerana telah memiliki lappy idaman...semoga info didalam blogspot ini membantu anda dan semua pembaca lain..jangan lupa dapatkan cooler fan terbaik jenis dwi-kipas besar dengan binaan kerangka logam / aloi.
Delete# Salam Lebaran juga buat anda #
Salam bro. Dan selamat hari raya.. bro.. saya ada masalah sikit la ttg pemilihan laptop. Sya nk smbg blaja. Saya nk bli laptop yg bole simpn byk assignment dan mudah untuk mngendalikan.. sy ada budget cuma bawah 1.2k je. Saya ada tgok comment bro ttg laptop asus amd brazos x45u-vx024 dan samsung ao1my. Sesuai tak ?? sbb sy ni minat jugk online2 dan tgok movie. Ok tak plihan td ?? Or ada yang lebih sesuai.. harap bro bole tlg bantu..
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca info blogspot dan memberi soalan baik...
DeletePilihan saya adalah Asus. Jika tidak silap, harga pasaran sekitar RM899 hingga RM1099 sahaja. sesuai untuk tugasan pejabat, assignment, surfing, chatting dan seumpamanya.
# Selamat Hari Raya juga...#
Terima kasih bro. Sy ad tgok brand asus model x55a-ds91. Ok tak bro ???
Deletemodel asus model x55a-ds91 ni tengok pada spec dah ok. boleh la dipertimbangkan untuk pembelian...
Delete#just info: 23 hingga 25 ogos PC fair di PWTC.
Ok bro. Terima kasih bebanyak. Info yg yg sgt brguna.
Deletesalam bro, saya nak tanya pendapat bro. saya suka download movie, tengok movie, main game dan satu lagi saya student engineering. adakah laptop alienware 17 inci sesuai. atau macbook pro 15" retina display.satu lagi saya pun suka dengan bidang fotografi. kedua-dua laptop ni mempunyai harga yang lebih kurang. sebab tu saya minta pendapat bro.
ReplyDeleteTerima kasih dengan soalan diberi. pilihan saya lebih kepada model Alienware, bukan sahaja spec tinggi...malah saiz skrin yang besar amat mudah untuk tugasan berat sebagai seorang jurufoto dan kegunaan lain.
Deletesalam shah. harap boleh berikan pendapat. saya bekerja sbg setiausaha. sudah tentu sy banyak menggunakan mic.office dr yang lain...dengan kapasiti power laptop yg rendah.. baru2 ini sy dpt tugasan untuk edit video dan buat design banner...dan dr ruangan comment yg sy baca, ia memerlukan kapasiti power laptop yg tinggi....tp kerja edit n deisgn sy buat bila ada masa lapang je...jadi sy tidak menggunakan kekerapan yg tinggi utk itu... boleh cadangkan laptop jenis yg susai utk kerja sy ni. anggaran budget bawah 3000. sy berkenan dgn Fujitsu LifeBook A-Series AH552 . sesuai tak rasanya?......(sy banyak menaip, surfing internet. untuk edit saya jarang buat, kadang-kadang je)
ReplyDeleteUntuk tugas editing semi-pro, saya cadangkan pilih laptop yang mempunyai spec berikut :
Delete-Core i7 atau AMD Phenom, Athlon
-DDR3 RAM 4GB ke 8GB
-Built-in Graphic chip seperi Ati Radeon atau nVidia Geforce
-Saiz skrin 15 ke 17 inci
-Dilengkapi DVD-RW drive
-USB 3.0, HDMi port, FireWire port dan seumpamaya ( teknologi terbaru )
Jika tidak silap, Fujitsu model ini menggunakan Core i5 dan cip grafik intel sahaja. Cuba dapatkan model yang lain.
Utuk kepuasan berganada, boleh beli set PC. Dengan bujet RM3000, anda boleh dapatkan set PC yang lebih berkuasa 3 kali ganda dengan laptop. Sekadar cadangan, laptop sebagai tugasan ringan, manakala PC sebagai tugasan heavy.
salam...
ReplyDeletesy student.. sllu gne office, adobe, software key in data, assignment report, thesis, save movies, surfing, game ringan2 mcm plant vs zombies..
spec sy carik intel i5.. memory n ram ok.. bdget 1500 - 2000..
ade cadangan laptop mana? memandangakan sy nak g pc fair next week. :)
Jika bujet sekitar RM2000, anda boleh dapat jenama Fujitsu, Dell, Toshiba dan Asus. Jenama ini antara yang bagus dan sesuai dengan keperluan anda. Cuba buka laman web ipmart.com.my sebagai rujukan.
Delete*saya juga kesana pada 24hb...Jom ramai-ramai ke PC Fair pada 23 hingga 25 Ogos di PWTC!
Assalam bro shah...slmat hr raya...saya plan nak beli laptop yg ringan n tahan lasak n laju sbb selalu travel..sy selalu guna untuk bt kerja guna ms offc eg excel,power point,publisher....surf internet,download @ tgk movie online..
ReplyDeleteBleh tlg bg cdgn x..yg sy search eg asus Zen a1,sorry model xingat..ke ada brand n model lain yg ok..budget dlm 2-3k..kalau bleh yg siap dgn tempat CD,so xperlu bawa external..tq for info
Wa'alaikumus salam...
DeleteJika bujet anda RM3000, cuba pilih yang lasak seperti Fujitsu, Dell, Toshiba dan Asus. Pastikan pilih jenis boleh menampung RAM sehingga 4GB ke 8GB dan menggunakan pemproses Dual-Core. Komen-komen diatas sama seperti soalan anda. Boleh cuba rujuk semula. Boleh juga buka laman web ini sebagai rujukan tambahan : lazada, ipmart atau hardwarezone.
antara dell inspiron 14r dgn dell vostro 5460, which one is better?
ReplyDeleteBagi saya kedua-duanya bagus. Cuma saya lebih suka model Inspiron kerana rekabentuknya dan ciri-cirinya.
DeleteKepada semua pembaca, terima kasih kerana sudi membaca isi kandungan blogspot ini serta memberi respon soalan yang bagus dan menarik. Mohon maaf sekiranya saya terlewat menjawab soalan anda oleh kerana tumpuan kepada tugas hakiki di pejabat. Harapan saya, blogspot ini mampu dijadikan rujukan tambahan anda semua. Cuma, setiap cadangan dan pandangan bagi setiap soalan anda adalah ikhlas dari saya. Tiada desakan atau paksaan. Sekali lagi untuk makluman, semua jenama laptop yang ada di Malaysia adalah kategori baik dan bagus....cuma dikalanganya daripada itu, pasti ada yang terbaik....yang terbaik itu lah yang cuba saya tonjolkan didalam topik ini. Harap maklum...
ReplyDeleteHai saya student sc comp.nk tanye laptop ape yg sesuai ngan saya dan bajet saya RM1200 saje.bleh ke saya dptkan laptop yg berkualiti dgan harga ni?blek rekemenkan laptop yg sesuai
ReplyDeleteHai... Sains Computer biasanya banyak belajar programming seperti Vb, C, Java, PHP, Joomla dan Multimedia. Saya andaikan anda baru masuk pengajian tinggi ok dan faktor kewangan adalah masalah utama. Sekiranya bujet anda rendah, cadangan saya sebagai permulaan...cari dan guna laptop entry-level dulu. Harga sekitar RM899 - RM1100 sahaja. Jenama seperti Asus dan HP yang menggunakan processor AMD Vision @ AMD A4, 2GB RAM, built-in graphic chip Ati Radeon \ AMD graphic, DVD-RW drive dan saiz skrin 14 inci...Secara peribadi, saya lebih sukakan AMD berbanding Intel Celeron.
DeleteSelepas habis warranty setahun, anda boleh trade-in \ jual dan dapatkan spec mid-pro level. Kebiasaanya...semester 1 dan 2, matapelajaran tidak terlalu heavy...semester 3 hingga tamat pengajian, memerlukan sebuah laptop yang lebih berkuasa. Masa setahun cukup untuk anda gantikan kepada laptop baru yang lebih berkuasa.
Laptop mid-pro level kebiasaanya berharga sekitar RM1500 - RM2600. Spesifikasi menggunakan Processor Dual-Core melebihi kelajuan 2GHz dengan penggunaan RAM 4GB - 8GB dan skrin bersaiz 15.6 inci.
* buka laman web ini untuk rujukan laptop pilihan anda: lazada atau ipmart.
# Semoga Membuat Pilihan Tepat #
salam bro shah kacak..
ReplyDeletesy nak mmbeli laptop secondhnd antara 2 model ni
1. Toshiba L745 i5 hrga RM1300 (seller ckp leh nego)
2. HP Pavilion g4 i5 hrga RM1300 (seller ckp leh nego)
model mne lg brbaloi ataupn kedua-dua xberbaloi. leh bg reason x knp ?
ad x tips2 nak mmbeli laptop secondhnd ni. ap yg pnting ptut dilihat ?
sy cuma ad bajet RM1300 je sbb tu cri yg secondhnd.
sy nak gne utk kje2 sbg seorg student yg lain2 nak tgk movie yg pnting laptop leh support game cth pes 2013 ke sbb nak main gme jgk.
ataupn ad suggestion lain utk model2 yg sesuai dgn kgunaan dan bajet sy.
mintk tlg ye tq slmt hri rya..
Terima kasih bertanyakan soalan yang bagus.
DeletePetua membeli laptop terpakai:
1. Lihat tahun dikeluarkan dan spesifikasinya.
2. Cari semula dari internet harga jualan asal dan bandingkan pula harga yang anda perolehi. Penurunan harga tahunan tidak sama pada semua jenis laptop, ia bergantung pada spesifikasinya juga.
Contoh 1 : harga asal RM2500, harga jualan selepas setahun RM1700 - berpatutan.
Contoh 2 : harga asal RM1200, harga jualan selepas setahun RM700 - berpatutan.
Contoh 3 : harga asal RM1500, harga jualan selepas 2 tahun RM600 - berpatutan.
Contoh 4 : harga asal RM4500, harga jualan selepas 3 tahun RM2000 -berpatutan.
* contoh diatas masih boleh dibincangkan harga.
3. Lihat pula fizikal laptop seperti calar, kotor, pecah dan sebagainya.
4. Pastikan semua peralatan berfungsi seperti DVD drive, skrin, adapter, USB, WiFi, FireWire, HDMi, infra red, RJ45 dan apa sahaja yang terdapat pada laptop tersebut.
5. Tawar menawar sehingga anda puas hati dengan harga yang dipersetujui.
Secara peribadi, saya akan memilih Toshiba L745 i5.
maaf byk brtanya cuma nak buat pilihan yg trbaik.
Deleteantara model Toshiba L745 i5 dgn Dell N4010 i5 yg mne lebih tahan lasak dan brkualiti utk kerja2 document, movie, berwebcam n gaming. boleh terang klebihan msing2 dan yg mne pilihan bro shah.
hrp dpt mmbantu dan trima kaseh..
Bagi saya, 2 jenis model ni sama-sama bagus. Umpama Mitsu Mivec MD dengan Levin Blacktop...Cuba kaji semula maximum RAM boleh support, apa jenis GPU yang digunakan dan kelajuan CPU. Pilih spec yang lebih baik daripadanya.
DeleteSalam...
ReplyDeleteSaya ada soalan. Beberapa hari lepas saya ada membeli laptop di Plaza Low Yat, brand Asus k46CB. Apabila saya pulang ke rumah, saya baru perasan yang laptop saya tidak mempunyai Microsoft Office. Soalan saya, adakah bila kita membeli laptop, perisian Microsoft Office disertakan bersama atau kita perlu membeli software tersebut?
Terima kasih.
Terima Kasih dengan pertanyaan soalan yang baik.... Apabila membeli laptop \ PC, pertama lihat spesifikasi laptop mesti sama dengan apa yang bakal anda beli. Kedua, tanya dahulu sebelum setuju beli berkenaan perisian yang boleh anda perolehi. Ketiga, urusan tawar menawar berkenaan perisian yang anda perlukan kebiasaanya boleh diperolehi secara percuma ataupun tambahan harga secara diskaun. Kadangkala terdapat juga laptop yang telah disediakan Microsoft Office trial-version.
DeletePerisian Microsoft Office asli boleh dibeli atau anda boleh pinjam CD dari rakan-rakan seperti Office XP, Office 2003, Office 2007 atau yang terbaru. Alternatif lain dengan cara muat turun Open Office seperti Oxygen atau Libre secara percuma kerana fungsinya hampir menyamai Microsoft Office.
tq utk respon kpd komen sy.
ReplyDeleteso toshiba L745 pilihan yg tepat ke dgn spesifikasi dia utk kje2 basic, video, webcam n gaming. hrga bru around 2 ribu dan secondhnd seleps anggaran sthn lebih atau 2 thn RM1000.
Harga boleh runding lagi tu...RM800 ok dah.. Toshiba model ini ok tu. Boleh dah beli jika betul-betul telah mengkaji dan berkenan...
DeleteSALAM... Saya nak tanya tentang laptop saya.. model asus.. laptop saya tu x bole nak restart.. apabila nak restart kluar benda ni.. ''a disk error ocurred ..press Ctrl + Alt + Del '' Tapi bila sya tekan tu benda yg sama juga kluar,, adaka laptop saya tu dah rosak...
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca info blogspot ini dan respon soalan yang baik. Ada dua kemungkinan daripada error message tersebut, pertamanya hard disk rosak dan perlu diganti baru ataupun slot hard disk longar.
DeleteCara pertama, jika masih ada warranty, minta juruteknik kedai tersebut (tempat anda beli laptop) membuat pemeriksaan lanjut samada hard disk telah rosak atau sebaliknya.
Cara kedua, jika warranty telah tamat, anda boleh buka skru belakang laptop dan keluarkan hard disk berhati-hati. Cuba cabut dan pasangkan kembali. Cuba ON laptop dan lihat samada error message tersebut masih keluar atau tidak. Sekiranya sama juga, anda perlu beli hard disk baru dan pasangkan sendiri \ hantar ke kedai. Masukkan semula Operating System dan software lain. Jika berjaya, bermakna hard disk tersebut cuma longgar dari slot SATA.
Selamat Mencuba!
Salam.. Saya memiliki Compact Presario CQ40-101TU berusia ahmpir 4 tahun..
Deletemasalah yang saya hadapi skrang ialah:
1.apabila saya tekan tekan butang on, laptop beroperasi namun bila sampai akhir starting window, screen gelap, kadang2 nampak courser (anak panah) shj yang keluar dan boleh digerakkan tetapi sreen tetap gelap.. apabila itu berlaku saya akan tekan button on/off sehingga sistem mati dan on kan semula.. kadang2 6 kali ulang baru ok.. tapi bila windows dah keluar, ok jer guna..
2. bila menaip kadang2 teralih ke perenggang lain.
(untuk makluman, bateri laptop saya dah 2 tahun kong, namun saya x tukar, masih pakai sampai sekrang )
3. adakah masalah akan timbul jika bateri yang kong yang tidak ditukar?
4. perlukah laptop diservis? dan jika perlu apakah jenis servis yang perlu dilakukan?
5. adakah komponen atau peralatan laptop perlu ditukar apabila sampai tempoh masa tertentu? jika ada apakah komponen tersebut?
6. Perlukah servis dan penyelenggaraan dibuat di pusat servis jenama laptop tersebut?
harap saudara dapat membantu.
Assalamualaikum Shah,
DeleteTerima kasih kerana banyak membantu. Saya nk tnya spec dan model yang sesuai utk pc dan laptop yg membuat kerja-kerja acad, 3d dan rendering. Saya nk laptop tapi rasanya pc lagi puas.thx shah
wa'alai kumus salam...
Deletecadangan saya, lebih baik setup sebuah PC daripada membeli laptop untuk tugasan berat.
Cukup sekadar bujet sekitar RM1500 hingga RM1700, anda sudah boleh memiliki sebuah PC prestasi tinggi.
Berikut contoh spec yang boleh anda perolehi
CPU : AMD Athlon FX Quad-Core 3.8Ghz, 8MB cache ATAUPUN
Intel Core i3 3.3GHz, 3MB cache.
Motherboard : Asus atau Gigabyte dual-channel memory, dual PCI-e, 4 RAM slots up to 32GB, HDMi, USB 3.0, 6 SATA ports, double PCi dan berbagai lagi.
RAM : 8GB atau 16GB DDR3-1600 ( 4GB x 2 atau 8GB x 2 )
Graphic Card : Ati Radeon atau nVidia Geforce jenis PCI-e, 2GB memory.
Hard Disk : 500GB SATA-3. Seagate atau Samsung.
Casing : Gred A seperti jenama RAIDMAX, CoolerMaster, AeroCool,Silverstone,Antec dan banyak lagi. Casing jenis ini bersaiz lebih besar, ruang udara yang baik dan biasa digunakan untuk setup PC Games.
Power Supply : 500watt hingga 650watt
Skrin : 20 inci hingga 25 inci ( boleh beli model recond \ terpakai berharga sekitar RM300 - RM450 )
# spec diatas adalah pilihan barangan secara rojak iaitu klon PC #
Sy ade bajet 1200 dan ke bwh je......aritu sy cari asus harga mcm tu x jmpe plak?? kegunaan sy hnyelh utk menaip & surf intnet shj..sy ni jnis x brminat nak men game..klu lenovo ok x???
ReplyDeleteUntuk perbelanjaan sekitar RM899 hingga RM1200, anda boleh perolehi model laptop seperti contoh berikut.
DeleteHP 1000-1407TU 14'' Notebook Black Licorice - AMD Vision Dual-Core
MSI CR41-252MY Core i3 2GB 14.1” - Intel core i3 Dual-Core
Asus Notebook X45U-VX024 - AMD Phenom Quad Core
Samsung Notebook NP300E4V-A02MY - Intel Pentium 1.6Ghz
HP 1000-1324TU 14" - Intel Pentium 2.4Ghz
copy dan buka contoh link berikut sebagai rujukan sahaja.
http://www.ipmart.com.my/main/find_laptop.php?action=find&cboBrand=233&cboFilter[158]=&cboFilter[290]=&cboFilter[79]=&cboFilter[82]=&cboFilter[155]=&cboFilter[81]=&cat=11752
http://www.lazada.com.my/shop-laptops/?boosting=2&price=199-1300
# Selamat Membeli #
Kepada saudara Roslan Bke, cuba buat satu persatu seperti berikut :
Delete1. Tanggalkan komponen seperti RAM, hard disk dan bateri. Gosok kaki RAM berwarna emas dengan getah pemadam sehingga bersih.
2. Pasangkan semula hard disk dan RAM, kecuali bateri. Kemudian hidupkan laptop menggunakan adapter sahaja.
3. Jika boleh dihidupkan, buat backup ke CD atau external hard disk untuk semua fail\dokumen penting dari laptop tersebut.
4. Format dan install semula OS. Kemudian install driver serta perisian lain.
Jika langkah 1 dan 2 telah dibuat dan masih rosak seperti sediakala, kemungkinan besar masalah dari perkakasan seperti motherboard, power adapter board, Graphic chip ataupun RAM dan hard disk.
As Salam...
ReplyDeleteSaya nk tanya, jenama n model apa yg sesuai untuk tgk dan jual beli pasaran saham di bskl. Tq
Apa sahaja model laptop sesuai dengan cara penggunaan bidang kerja anda. Yang membezakan hanya citarasa anda sahaja. Terpulanglah samada mahu yang bergaya atau biasa...mahal atau murah...
Deleteaslmkm.nk tanya nie,skrg sya guna laptop asus x45U.dia pnya cpu amd e2 1800,1.7ghz..boleh ke sya upgrade CPU baru speed dia 2.xx keatas??contoh AMD Phenom II X4 840..terima kasih.
ReplyDeleteProcessor laptop boleh digantikan dengan jenis lain, dengan syarat jenis socket mestilah sama dan mampu ditampung oleh mainboard tersebut...Sangat jarang atau belum pernah saya dengar pengguna upgrade CPU laptop kerana ianya tidak dijual serta lebih mahal berbanding CPU desktop yang biasa dilihat di kedai komputer.
DeleteSaya boleh katakan tidak boleh untuk soalan anda ini.
salam shah sy nak tanya, samsung 270e4v ok x? yg hrga rm999..sy juz nk buat asgment n tgk cite je.. bnde len xbuat
ReplyDeleteMaaf lambat reply jawapan kerana sibuk dengan tugasan hakiki.... Terima kasih kerana sudi bertanya... Model ini sudah cukup sesuai untuk tugasan 'lite' seperti anda perkatakan. Boleh tambahkan sekeping RAM 2GB untuk menambah prestasinya...Sekarang ni, banyak laptop seperti ini telah mengalami penurunan harga disebabkan terdapatnya keluaran model-model baru. Harga serendah RM880 - RM999 sahaja seperti jemana Asus, Samsung, HP dan sebagainya...
Delete*selamat membeli dan membuat pilihan tepat*
Salam..sy nak beli laptop tapi x pasti sesuai utk sy yg buat bisnes online, dowmload gambar,tgk video youtube..di antara laptop yg sy beri ni mane yg ok buat sy:
ReplyDeleteAsus x201E
Intel 1007
2GB DDR3
500GB HDD
WINDOW 8
ASUS S200E
INTEL B847
2GB DDR3
500GB HDD
SAMSUNG
270E4V-K01
INTEL B847
2GB DDR3
500GB HDD
DVDRW
Salam..sy nk beli laptop utk kgunaan bisnes online,download, tgk video, game sikit2 jer di antaranya:
ReplyDelete1.SAMSUNG 270E4V
INTEL B847
2GB DDR3
500GB HDD DVDRW
2.ASUS X201E
INTEL 1007
2GB DDR3
500GB WINDOWS 8
3.ASUS A550CC
INTEL CORE i3-3217
4GB DDR3
500GB HDD NVIDIA GT720 2GB
DVDRW
4.ASUS S200E
INTEL B847
2GB DDR3
500GB HDD
Maaf lambat reply disebabkan kesibukan tugas hakiki.... Terima kasih kerana sudi bertanya... Melihat pada spesifikasi, pilihan No.3 nampaknya lebih mendominasi... Semoga membuat pilihan tepat dan sesuai dengan citarasa anda...
ReplyDeleteSalam saya ingin bertanya berkenaan dengan laptop jenama Dell. Saya ada melayari website Dell dan tertarik degan Model Inspiron 14 yg berharga RM 1788. Untuk pengetahuan saudara tujuan memiliki laptop adalah untuk kerja microsoft office dan mengedit gambar(basic). Persoalannya sekarang adakah model tersebut sesuai dengan penggunaan yang sya nyatakn tadi dan adakah terjamin dan praktikal jika membeli secara online.
ReplyDeleteTerima kasih dengan soalan diberi. Dell adalah salah satu jenama yang paling saya suka kerana ianya tahan lasak dan lebih berkualiti. Model tersebut memadai untuk tugasan yang anda mahukan. Pembelian secara online lebih murah berbanding beli di kedai komputer serta Dell menawarkan servis ke rumah selagi warranty masih ada.
ReplyDeleteSalam en Shah, saya mohon pendapat encik, dengan bajet bawah 2000, untuk tujuan menaip, internet dan editing foto, laptop apa yang terbaik? Kalau boleh saya nak Asus dan kalau ada model apa ya? tapi saya juga ok kalau ada saranan yang lain selain Asus. Thanks in advance. May Allah bless you sir! :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca kandungan blogspot ini dan respon soalan yang baik... Jika bujet RM2000, anda boleh dapatkan laptop yang berkualiti seperti Fujitsu, Dell, Toshiba atau Asus... Pilih model yang mempunyai 'built-in' graphic chip seperti nVidia Geforce atau Ati Radeon, mampu support memory sehingga 8GB disamping keljuan Processor melebihi 1.7Ghz.
Delete*Sila rujuk komen pembaca lain di atas untuk lebih info...
Salam admin.
ReplyDeleteSaya ada satu soalan nk tanya. Saya nak beli laptop dalam masa 1 bulan lagi. Sebelum ni saya pakai Netbook Asus 1005HA. Puas hati & suka netbook ni tapi baru sahaja rosak selepas 5 tahun pakai. Mungkin sbb penggunaan saya terlalu maksimum tak padan dengan Intel Atom yg digunakan pd netbook ni.
Saya selalu pakai untuk edit photo. (Setakat ni belum minat edit video lg tapi pada masa akan datang tak tahulah).
Selain tu saya guna juga untuk buat kerja katM.Office & surfing internet.
Ciri penting yg sy utamakan ialah rekabentuk yg kemas (skrin memadai 13-15inch). Jenama yg berkenan dari segi rekaan dan bentuk buat masa sekarang ialah Asus & Samsung. Sebab nampak macam kemas, nipis & sleek. (Ushar2 mcam tu je).
Harga target saya rm1500- rm3000.
Apa pendapat admin? Laptop jenama & model apa admin cadangkan? Thanks in advance !!
Terima kasih kerana memberikan soalan yang baik... Jika bujet RM3000, cuba dapatkan model yang lebih berkualiti seperti Dell, Fujitsu, Toshiba atau Asus... Untuk edit foto\video, saya cadangkan jangan beli jenis nipis...kerana ia lebih kepada 'style' dan surfing internet. Beli jenis multimedia spec yang mempunyai graphic chip, RAM yang boleh support sehingga 8GB dan kelajuan Processor melebihi 2.0GHz.
Delete#Boleh rujuk komen-komen pembaca yang lain yang menyamai soalan anda ini
salam shah..sy student management...nak tanye laptop yang mane pling ok dgn kos yang sy ambik ni?satu lagi ape kelebihan intel pentium 2020m?
ReplyDeleteSaya boleh katakan, bujet sekitar RM1200 - RM1500 sudah cukup untuk anda sebagai student management. Intel Pentium tersebut sesuai untuk tugas sederhana. Susah mahu ceritakan tentang kelebihanya kerana ianya terlalu teknikal..
DeleteSalam en shah. Saya nak minta pendapat en shah tentang laptop acer: aspire v5-472p. Thanks.
ReplyDeletePendapat saya, laptop tersebut bercirikan peralatan moden.... Terpulang pada bujet dan citarasa anda.. Selamat membeli!
DeleteSalam bos.. sy nk tnya ckit.. sy ada survey laptop asus untuk multimedia works.. sebab kbanyakan sy wt filem pendek so nk render tu mmg smpai pnas la satu laptop.. ada cadangan x laptop yg bgus untk film maker ngn graphic design.. sy tgk dua laptop ni asus vivobook S551LB-CJ075H dgn asus N56VB-S3070H.. ok ke ? Atau ada cadangan lain ? Bajet bwah rm4000..
ReplyDeleteJika bajet RM4000, sebaiknya pilih jenama MSI GT7 series, Dell Alienware atau Asus VX7...
DeleteTerima kasih sudi balas prtanyaan sy.. sy tgk hrga dkat rm6000 model yg bos shah bgi tu.. leh bgi x spec untk model laptop yg bos cadang kn tu ?
DeleteTerdapat beberapa versi untuk model tersebut. Cuba dapatkan model berharga RM3500 - RM4000.
DeleteSpesifikasi:
Intel Core i7
HDD 750GB - 1TB
nVidia Geforce graphic chip
4GB - 8GB memory
16 - 17 inci saiz skrin
double system fan
BluRay drive \ DVD-RW drive
Jenama : MSI \ ASUS
Salam...
ReplyDeleteTtg i7 3770 dan i5 3570 mana satu best tuk gaming...
Saya ada bwat survey,ada stgh blog ckp i5 lg bgus tuk gaming
Btul ke?
Core i7 lebih baik berbanding Core i5... AMD FX-8 adalah pilihan yang baik selain Core i7 untuk prestasi "games"
Deleteyang terbaik...
Yang penting configuration diantara RAM, GPU dan CPU mestilah sepadan dan serasi...
Slm. Nk tnye.. Pilihan yg mne kah lebih bgus utk kerja menaip, dgr lagu, internet n sesekali tgk movie. Utk student.
ReplyDelete1. Dell inspiron n4030: free DOS, 4gb ram, 500gb memory, intel hd, i3, rm1519
2. Dell inspiron n4010: ori win 7, 2 gb ram, 320gb memory, intel hd, i3, rm1599
Tq..emel sy di iza.dinn@gmail.com
salam tuan..nak tanye..laptop asus k46cb.. i5 3337,ram 2gb,nvidia 740,750gb,win8,rm2k..kalo nak upgrade ram sampai bape gb bleh upgrade ye?agak2 dalam bape rm kos tu tuan.tq.tuan ade fb?
ReplyDeleteLaptop tersebut mingkin mampu menampung saiz RAM 4GB hingga 8GB... Sila rujuk semula buku manual.. Harga diantara RM85 hingga RM195... Pastikan kelajuan frekuensi adalah sama...
DeleteSila rujuk ini : http://mycetc.blogspot.com/2011/12/perbezaan-ram.html
Terima kasih sudi memberi soalan...
ReplyDeletePilihan No.1 lebih memadai kerana memory 4GB dan saiz hard disk lebih besar 500GB berbanding spec No.2.
Tq ats jwpn tsebut. Nk tnye kalau kita bli laptop, tp kita ingin tmbh RAM dri 2gb kpd 4gb, adakah dia mempengaruhi warranty laptop kita?? Sbb kt bwh tu kan ade sticker yg tulis void if sticker terkoyak ke ape..
DeleteSelagi warranty masih ada, semua sticker yang ditampal pada skru, penutup RAM, dan seumpamanya mestilah sentiasa terjaga rapi tidak boleh terkoyak....kerana ia akan dianggap laptop tersebut pernah dibaiki \ dibuka.
DeleteRujuk pada saiz maksima yang mampu ditampung oleh laptop tersebut yang tertulis didalam buku manual... ( diantara 4GB ke 8GB... ) jangan melebihi saiz maksima...
salam bos shah.. acer aspire r7 ok ke KO ek ? just nk mntak pndapat..
ReplyDeleteMaaf la...buat masa ini, saya masih belum berkesempatan untuk mencuba guna model tersebut....sekiranya anda rasakan ianya OK, tidak salah untuk membelinya atau servey lagi...
DeleteSalam shah. Nak tanya pendapat shah utk kegunaan sederhana mana yg menjadi pilihan shah?
ReplyDeleteASUS X45U-VX024 (waranty 1 tahun)
TOSHIBA model x ingat (waranty 2 tahun)
LENOVO G480 (waranty 3 tahun)
Perbezaan harga x sampai rm100 pun, cuma saya meihat pada tempoh waranty yg diberi. Tolong bagi nasihat. Thanks.
Soalan macam tidak lengkap....Boleh berikan Model yang lengkap...
DeleteModel Toshiba pun ok...
encik, sebelum ni saya menggunakan laptop compact dalam 3 tahun dan pernah repair graphic chip 3 kali. baru2 ni terjadi lagi masalah yang sama. Saya berminat dengan laptop lenovo, apa pandangan encik dgn brand lenovo yang dikatakan tahan lasak. pastu nak tanya la dalam bajet 2000 - 2500, laptop lenovo apa yang ok ye. saya guna laptop utuk internet, movie, dan main game PES/FIFA. thanks
ReplyDeleteBuat masa ini.... Saya banyak membaca info pada jenama Dell, Fujitsu, Asus, Toshiba, MSI dan HP. Jenama lenovo bagi saya OK.... cuba tanya kedai untuk model ini :
ReplyDeleteLenovo Ideapad Z500 15.6 inci skrin
Intel Core i5-3230M Processor 2.6GHz
4GB DDR3 RAM/
1TB HDD
Windows 8
15.6" screen
WiFi + Bluetooth 4.0
Nvidia GT740M 2GB
RM2,299
Kepada semua pembaca yang mempunyai bujet kecil....boleh cuba beli secara online di :
ReplyDeletehttp://www.lazada.com.my/refurbished-laptops/?boosting=2
Salam en.shah. Saya nak minta pendapat en.shah untuk pilih laptop yang kegunaan untuk engineering(program autocad,revit dan program2 struktur dan civil). Bujet x tetap lagi.Minta bantuan en.shah. Tq
ReplyDeletesalam..sy diberi assignment untuk mencari laptop yg harga nya bawak dr 2k..oleh tak suggest kan untuk sy laptop apa yg sesuai untuk gaming,home office dan note book yg harga nya bawah dari 2k?
ReplyDeleteSalam shah.....
ReplyDeleteNak tnye msi ge60 20c-068 ok x untuk gaming,download,tgk movie?
Saya servey kat ipmart harga lam 3300.layak ke laptop tu harga camtu?ke bleh dpt lg murah?
Satu lg soklan...
ReplyDeleteLenovo ideapad z400t 5936-6600
Msi ge60-20c-068
Asus vivo book s551LB-cj075h
Antara 3 ni,mana satu plng d best?
Kepada pemberi soalan.....saya akan jawab soalan anda secepat mungkin.....buat masa sekarang....saya mempunyai tugas penting yang perlu disiapkan dahulu..
ReplyDeleteTerima kasih kepada anda kerana sudi membaca isi kandungan blogspot ini dan memberi soalan yang baik....
i'm on my way to buy a laptop and your blog is really helpful. thanks a lot dude! keep it up!
ReplyDeletesalam bro shah..
ReplyDeletesy sedg cari laptop prestasi terbaik utk main game n lyn movie tp yg harga lingkungan RM1600 ke bawah...
satu lagi amd bagus ke bbanding intel skrg ni?
terima kasih utk info2 yg bguna, tq
salam bro,
ReplyDeletesy sedg mcari laptop yg prestasinye tbaik utk men game (cth PES 2013, Need For Speed run) tp kos dlm rm1600 ke bwh..
satu lg mne bgus skrg ni dr segi harga n prestasi, AMD atau Intel?
i am about to buy a laptop and i know nothing about iit. and sekarang saya tgah pilij antara asus dell dan lenovo. kegunaan saya cuma tuk menaip surfing main game iasaa dan tgok movie. harga baejt bawah RM1700. kalau boleh nak yang dedignnya cantik tapi power. dam soalan lagi satu, ultra book tu apa? thanks!
ReplyDeleteAssalam. Saya sedang mencari laptop untuk kegunaan menaip terutamanya, surfing internet, layan youtube. Saya ada terlihat jenama Asus siri A450cc, win8, intel i5-3337U/4GB DDR3 RAM/750GB/ NVIDIA GT720 2GB Graphic, 14", DVDRW supermulti drive...adakah brand dan ciri-ciri ini sudah mencukupi bagi saya? dan boleh terangkan maksud ciri-ciri tersebut memandangkan saya ada sedikit buta IT. TQ.
ReplyDeleteAssalamualaikum... Laptop apa ye yang sesuai untuk saya belajar lebih dalam edit gambar, edit video? Harga kalau boleh 2500 kebawah..
ReplyDeletesaya merupakan pelajar dlm bidang teknologi maklumat pengaturcaraan.. sebelum ni guna acer tp sbb da ko .. nk beli laptop baru brand asus tp bajet dlm 2000-ke bawah.. boleh x sarankan model apa yg sesuai?
ReplyDeleteSalam.. sy nak bli laptop baru skadar bajet Rm 1300 kebwah uyk student.. antara dell dan msi mana lg baik?? atau ad model lain yg lbih bagus dan tahan lama?? sy bkn heavy user, hnya guna utk siapkan assgment, surfing, movies, and light games.. ape spec yg perlu sy cari??
ReplyDeletesalam. Saya mahu cari komputer yang sesuai untuk main game berat bawah RM1500. Model dan jenis apa yang paling sesuai.
ReplyDeletesalam saya nk tahu laptop hp dan dell yg paling bagus..dan grafik yg pling cantik untuk kegunaan main games..dan juga surfe internet laju
ReplyDeleteKEPADA SEMUA PARA PEMBACA...SAYA MOHON MAAF KERANA LAMBAT MENJAWAB ANDA DAN MASIH BELUM BERKESEMPATAN UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN YANG ANDA AJUKAN DISEBABKAN TERLALU SIBUK BUAT MASA SEKARANG.
ReplyDeleteINSYA'ALLAH, DALAM MASA TERDEKAT SAYA AKAN JAWAB KESEMUA SOALAN ANDA INI. TERIMA KASIH KERANA TERUS MEMBERI 'SUPPORT' DAN SEKALI LAGI TERIMA KASIH DENGAN SOALAN-SOALAN ANDA YANG CUKUP BAIK UNTUK TATAPAN PARA PEMBACA LAIN...
" TERIMA KASIH SEMUA "
kalau abg ada duit 3.5k laptop gaming ape yg abg nak beli selain lenovo?
ReplyDeletesemestinya ASUS atau Alienware ataupun MSI.
Deletememang spec "racing"
salam tuan. saya baru beli laptop asus x45u amd e2 1800, nak install windows 7 yang 86x atau 64x sebab ram dia boleh tambah sampai 8gb.. harap bantu, terima kasih.
ReplyDeleteSalam..sy nk thu jns notebook yg sesuai unt sy sbg student yg biasa gna m.word or excel. Budget sy cma dlm 900 ke bwh.. n sy ad try survey notebook smsung amd e1dlm hrga 8++, nk tny pndpt ok x model tu?
ReplyDeletesalam abg shah.
ReplyDeletesaya seorg pelajar sivil engineering tahun ke-3..
saya bkn hardcore gamers,just nak cari laptop yg best untk kegunaan games seperti pes dan fifa..
also untuk assignment biasa mcm autocad,c++,microsoft power point,etc..
pastu biasanya saya guna untk on9,tgk movie,dgr lagu je.. hehe
mntk jasa baik abg tlg rekemen laptop yg paling sesuai dalam range harga bawah 2k.. tq.