100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Friday, March 23, 2012

Power Supply Sebagai Adapter

Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman yang pernah saya eksperimen pada sebuah Power Supply komputer jenis ATX. Saya hasilkan untuk dijadikan Power Supply Lab, memudahkan untuk menguji peralatan elektronik / komputer yang memerlukan punca bekalan kuasa.

Anda pasti biasa mendengar perkakasan dalaman komputer yang digelar Power Supply Unit.? Alatan ini membahagikan beberapa punca kuasa berjumlah +3volt, +5volt, -12volt, +12volt dan +3.3volt daripada kuasa asal 240volt. Untuk perbezaan jumlah voltan, warna kabel sebagai medium yang membezakan setiap voltan. Warna-warna yang terdapat pada power supply ini adalah, merah, hitam, biru, oren, hijau, kelabu, putih, ungu, coklat dan kuning.

Anda boleh mencuba aktiviti ini :
1. Sambungkan kabel power cord utama ke plug 240volt dan jangan hidupkan suis plug.
2. Warna hijau adalah 'suis', sekiranya disambung kepada hitam(ground), kipas power supply akan berpusing menandakan arus elektrik telah aktif. Caranya, hanya gunakan klip kertas atau wayar dan sambungkan wayar hijau dengan hitam, kemudian hidupkan suis plug.

Lihat cara sambungan wayar Hijau dengan Hitam dijadikan sebagai suis.
Sambungkan dengan menggunakan wayar.
Cara awal menguji samada Power Supply berfungsi ataupun tidak!


Power Cord 3 Pin

Kod Warna :
Warna Kuning  12volt
Warna Merah 5volt
Warna Biru -12volt ( negative voltage )
Warna Ungu 5volt
Warna Kelabu OK
Warna Coklat 3.3volt
Warna Oren 3.3volt
putih -5volt ( jenis lama, negative volatge )
Warna Hitam wayar bumi, grounded

Contoh Power Supply ATX



Buka skru pada casing power supply kemudian balutkan wayar
mengikut jenis warna yang sama




Contoh hasilnya yang telah siap. Tebuk lubang pada casing ( perumah )
kemudian asingkan mengikut voltage. Untuk lebih kreatif, buat 2 suis...
satu untuk suis sambungan wayar Hujau - Hitam dan satu lagi suis
 Power 240Volt dari kabel utama dan letak 2 lampu LED untuk lebih cantik.
 Pastikan sambunganya betul dan tepat serta jangan lupa
 menggunakan Resistor ( perintang )

Resistor / Perintang

Power Switch

Power Switch



Kod warna yang ada pada setiap Power Supply Komputer
jenis 20 pin atau 24 pin




Melukis diagram sebelum kerja penyambungan wayar
adalah sangat baik!

Contoh yang telah siap dilengkapi LED, Suis dan Fuse.

sekiranya ada pertanyaan, sila komen di ShoutBOX Soalan atau Komen dibawah! 



1 comment:

  1. perbizaan antara power supply at dan atx berkenaan kesan nya terhadap [os]

    ReplyDelete



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -