100% Bicara Teknikal Komputer Teknologi Dulu & Kini

| Soal-Jawab iT | www.mycetc.blogspot.com |

< Bicara Teknikal \ Masalah Perisian \ Perkakasan \ Teknologi Dulu & Kini \ Sejarah >

Wednesday, December 5, 2012

Ape beza RAM?


Pasti ada diantara anda yang masih kurang pasti mahupun keliru untuk membezakan jenis-jenis RAM komputer ataupun laptop. Kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana untuk membezakan RAM bermula dari generasi akhir tahun 80an sehingalah yang terkini.

Baiklah, sebelum saya bertceritakan lebih lanjut....saya akan ceritakan dahulu berkenaan cara 'baca' RAM.
1. speed ( contohnya 133MHz, 533MHz, 667MHz, 1333MHz )
2. capacity ( contohnya 32Mb, 64Mb, 128Mb, 512mB, 1GB, 4GB )

Dua perkara diatas adalah 'spec' yang perlu anda faham perbezaanya pada setiap RAM, manakala jenis-jenis RAM adalah perkara nombor 1 yang perlu anda pastikan sebelum ingin membeli RAM. Sebelum saya ceritakan berkenaan jenis-jenis RAM, saya berikan contoh situasi berikut.

Contoh 1 : RAM notebook / laptop/ netbook.
Anda membeli seunit RAM berlabel seperti berikut
SODIMM 512Mb DDR, PC3200, DDR400

Small Outline Dual in-line Memory Module ( ia merujuk kepada jenis RAM untuk laptop, iaitu small outline )
512Mb ( adalah saiz kapasiti simpanan RAM tersebut dalam unit Mega Byte )
DDR bermaksud, Double Data Rate iaitu pemasa sesuatu bit data dan isyarat sedetik jam.
PC3200 ( adalah bacaan MegaByte per second, MB/ps )
DDR400 ( adalah kelajuan bacaan RAM dalam unit MegaHertz per second, Mhz/ps ) ia juga merujuk kepada FSB bagi RAM dan Motherboard laptop tersebut. Harus anda tahu, FSB bagi RAM dan Motherboard mesti perlu sama, tidak boleh berlainan jenis. FSB bermaksud, Front Side Bus..iaitu perantara muka hubungan RAM dengan Processor dan Motherboard.

Mungkin anda pening membaca 'spec' RAM diatas kan? Namun, bagi golongan IT yang masih baru atau ingin menambah pengetahuan, inilah contoh paling ringkas yang boleh saya berikan kepada anda. Tidak kepada golongan IT sahaja, malah bagi anda yang masih keliru untuk memilih jenis RAM bagi Laptop anda sebelum membelinya. Untuk pengetahuan anda, RAM jenis ini juga digelar DDR1 RAM. Nanti akan saya ceritakan perihal DDR1, DDR2 dan DDR3.


 


 Contoh 2 : RAM bagi sesebuah PC.
Anda keluarkan seunit RAM daripada sebuah PC dan tertera seperti berikut 
128Mb, 133Mhz, CL3



128Mb bermaksud saiz kapasiti simpanan data RAM tersebut sebanyak 128 Mega Byte
133 Mhz bermaksud kelajuan capaian bit dalam sesaat Mhz/ps
CL3 bermaksud, berapa lama bit data perlu tunggu untuk proses seterusnya dalam masa sedetik kitaran jam. Contoh yang ini  ( 3 detik jam ) lagi kecil angka CL lebih baik. CL bermaksud Column Latency ataupun CAS ( column address strobe ).



Perbezaan Jenis RAM

 
FPM RAM ( Fast Page Module ) diperkenalkan penghujung tahun 80an ( 1987 )

EDO RAM ( Extended Data Out ) diperkenalkan pada awal tahun 90an ( 1995 )

SD RAM ( Single Data Rate ) diperkenalkan penghujung tahun 90an ( 1997 ) dengan kelajuan bermula 33MHz

RD RAM, diperkenalkan pada tahun 1999 dengan kelajuan 800Mhz

DDR RAM, diperkenalkan awal tahun 2000 dengan kelajuan bermula 100MHz

DDR2 RAM, diperkenalkan pada tahun 2004 dengan kelajuan bermula 400MHz

DDR3 RAM, diperkenalkan pada tahun 2007 dengan kelajuan bermula 800MHz

FPM RAM



EDO RAM
 


SD RAM



Siri RAM DDR1 hingga DDR3. Lihat perbezaan 'takuk' slot.

Perbezaan FSB clock dan kelajuan pindahan bit data
Bagaimana sekarang? Agak-agaknya anda telah memahami serba sedikit tentang memory komputer.
Sila berikan komen / soalan di ShoutBox dibawah ini...

No comments:

Post a Comment



Sila komen, soal atau pendapat. Gunakan Anonymous jika tiada akaun google!

- Hakcipta Terpelihara Mycetc | Dikuasakan oleh Pemproses AMD FX 8cores | 2008 - 2019 -